Hot! Tips Asas Promosi Affiliate -
Hot! Tips Asas Promosi Affiliate - Kita sudah kenal apa itu program affiliate. Kita perlu
promosi link affiliate untuk mendapat komisen. Kita perlu promosikan dengan
teknik yang betul. Jadi hari saya akan kongsikan tips panduan asas dalam
mempromosikan program affiliate.
Mula-mula sekali kita perlulah mendaftar dimana-mana program
affiliate. Dan selepas mendaftar kita akan diberikan link affiliate. Dengan
link affiliate inilah nanti kita akan promosikan untuk mendapat komisen.
Secara asasnya terdapat 3 cara mudah dan efektif untuk
mempromosikan link affiliate kita. Iaitu promosi melalui blog, promosi melalui
forum dan promosi melalui e-mail.
Promosi Melalui Blog
Salah satu cara promosi yang berkesan adalah dengan kita
review sesuatu produk atau kita mengulas tentang kelebihan produk itu.
Jadi platform yang sesuai untuk kita review produk adalah
dengan menggunakan blog. Dan disinilah juga pentingnya kita guna Teknik SEO. Dan
kita perlu bermain dengan niche dan keyword di dalam blog affiliate kita tadi.
Agar review kita relevan dengan isi kandungan blog. Dengan ini ia juga akan
menberikan satu keyakinan buat pembeli nanti dengan isi kandungan yang
konsisten.
Di dalam review kita tadi, kita perlu sebarkan kebaikan dan
kelebihan tentang produk tadi. Kalau boleh kita ceritakan berdasarkan
pengalaman kita sendiri. Itu lebih menarik dan menyakinkan orang untuk membeli.
Lagi satu, kakalu boleh kita dapatkan testimonial daripada
pembeli yang sudah membeli produk tersebut dan kita masukkan kedalam blog kita
tadi.
Promosi Melalui Forum
Cara promosi dengan kaedah ini mungkin agak rilek, tidak
perlu kita akan ilmu SEO. Cuma yang perlu ada adalah sabar dan konsisten dalam
kita menpromosikan program affiliate kita.
Caranya adalah anda perlu letakkan link affiliate anda ruang
siggy atau signature. Selepas itu anda perlu terus berforum, menghantar post
sebanyak mungkin sebagai rangka promosi anda. Ini kerana setiap kali anda post,
maka setiap kali itulah link affiliate anda terpapar. Jadi semakin banyak post
semakin banyaklah link anda.
Nampak macam senang, tetapi anda haruslah berforum atau
promosikan link affiliate anda di forum yang bersesuaian. Anda boleh juga buka
satu thread khas untuk promosi link affiliate anda juga.
Jadi berforumlah secara konsisten dan aktif.
Satu lagi tips adalah anda boleh menbina reputasi yang baik
di forum. Bagaimana caranya?
Senang sahaja, anda perlu menulis artikel atau menbuka
thread yang berguna dan berinformasi di dalam forum itu.
Keduanya, rajin-rajinlah menberi pendapat serta komen yang
menbina lagi bernas di dalam setiap isu yang hangat diperkatakan.
Ketiga, jika anda pakar atau tahu info tentang sesuatu perkara,
cubalah anda menjawab atau menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh ahli
forum yang lain. Tetapi jangan pula anda buat-buat pandai pula.
Promosi Melalui E-Mail
Kaedah ini adalah diantara kaedah yang efetik yang sering
digunakan affilieter otai Malaya.
Apa yang anda perlu untuk jalankan kaedah ini? Anda harus ada squeeze page, mail list, system autoresponder
dan sebuah ebook percuma atau laporan percuma untuk diedarkan.
Tujuan semua tools ini adalah untuk mengumpul mailing list
untuk kerja-kerja promosi nanti, kerana jika tiada alamat email, macam mana
anda hendak hantar email.
Cara mengumpul mail list
Bina laman web yang dikenali squeeze page. Laman web ini
berfungsi sebagai tempat untuk menarik orang ramai menjadi ahli di dalam mail
list anda.
Di dalam squeeze page, perlu ada ebook percuma untuk
dimuaturun secara percuma, tetapi dengan bersyarat mereka perlu meletakkan
alamat email sebelum boleh muaturun. Jika mereka bersetuju dan berminat untuk
meletakkan email dan nama mereka. Yeah! Kita sudah mendapat seorang di dalam
mail list kita, kita panggil dia subscriber.
Untuk proses menguruskan mail list. Kita perlukan software
yang dikenali autoresponder. Software ini berfungsi untuk memudahkan
kerja-kerja menghantar e-mail kepada subscriber kita. Boleh didapati di
internet secara percuma atau berbayar. Jika kita serius, saya syorkan kita
ambil autoresponder yang berbayar, kerana ia lebih efetik seperti Aweber,
GetResponse dan lain-lain.
Jadi untuk kta mengumpul mail list. Kita perlu promosi kan
squeeze page kita kepada pengguna internet. Promosi lagi? Ia betul kita perlu
kerja keras untuk promosi, duit tak akan datang bergolek. Jadi kita gunakanlah
platform Blog dan Forum sekali lagi sama seperti kita promosi link affiliate
tadi.
Apabila kita sudah ada mail list yang ramai. Maka usahakanlah
pula untuk memujuk mereka supaya membeli produk link affiliate kita. Itu semua
diatas kepandaiana anda, cara nak mengayat, bahasa bunga-bunga, apa-apa pun
cara agar pelanggan kita cair..hehehe..
sekian dahulu daripada saya semoga kita mendapat ilmu beguna tentang affiliate hari ini.
Anda baru saja membaca artikel yang dikategori Affiliate |
Menjana Wang Online |
Tips Panduan
dengan tajuknya Hot! Tips Asas Promosi Affiliate . Jika entry ini sangat berguna bagi anda, sila like okey...By : Malaya SEO
Ditulis oleh:
Unknown - Sabtu, 3 Ogos 2013
Belum ada komen untuk "Hot! Tips Asas Promosi Affiliate "
Catat Ulasan