Hot! Menjana Duit Dengan Affiliate

Hot! Menjana Duit Dengan Affiliate -
Program Affiliate adalah salah satu cara menaja pendapatan di internet. Sekarang ini begitu banyak program affiliate yang ditawarkan. Affiliate boleh menjana pendapatan yang menguntungkan dengan teknik yang betul. Mari kita berkenalan dahulu dengan program affiliate ini.

apa itu program affiliate

Apa Itu Program Affiliate?

Program affiliate adalah dimana kita menjadi agen (orang tengah) dalam mempromosikan sesuatu produk pihak peniaga. Sebagai agen kita akan mendapat bayaran komisen, jika ada orang membeli produk melalui link affiliate yang dipromosikan oleh kita.

Istilah Didalam Program Affiliate

Sebagai perkara asas di dalam program affiliate, mari kita kenal istilah-istilah yang sering digunakan:
  • Affiliate Marketer – lebih dikenali sebagai affiliates atau agen (orang tengah)
  • Affiliate manager – Lebih dikenali sebagai Merchant atau pemilik program affiliate.
  • Link Affiliate – Link khas yang ada id agen / affiliate marketer.
  • Komisen – Jumlah bayaran untuk setiap jualan jika berjaya dijual.
  • Sistem Affiliate – Perisian Online untuk mengesan (track) setiap aktiviti seperti klik, rekod jualan komisen, jumlah trafik yang masuk dan lain-lain.


Cara Sistem Affiliate Berfungsi

Sistem Affiliate

Secara asasnya carta alirannya adalah begini:
Link Affiliate Agen > Pembeli > Laman Web Jualan > Sistem Rekod Jumlah Komisen

Pembeli akan klik pada link affiliate agen.

Jika pembeli membeli produk tersebut, maka system akan merekodkan jumlah komisen yang sepatutnya agen terima.

Contoh:
Satu produk yang berharga Usd 100.00 dan komisennya adalah 30% untuk satu jualan. Maka jika ada 3 orang pembeli yang membeli produk itu dengan klik link affiliate agen. Maka komisen agen itu adalah 3 x (30%x 100) = Usd 90.00.

Kita tidak perlu risau pasal link affiliate kiat bertukar dengan link affiliate orang lain. Kerana setiap link affiliate agen adalah berlainan. Dimana setiap link ada ID yang unik.

Contoh link Affiliate:
http://www.malayaseo.com/index.php?ref=mamat

Terlalu banyak program affiliate yang ditawarkan sekarang. Bermacam-macam produk untuk dipromosikan. Dan kadar bayaran komisen adalah bergantung kepada setiap Merchant. 

Kita sudah faham asas di dalam program affiliate. Inysaallah kita akan bersambung lagi untuk menpelajari lebih lanjut program affiliate ini.
Anda baru saja membaca artikel yang dikategori Affiliate | Menjana Wang Online | Tips Panduan dengan tajuknya Hot! Menjana Duit Dengan Affiliate . Jika entry ini sangat berguna bagi anda, sila like okey...By : Malaya SEO
Ditulis oleh: Unknown - Sabtu, 3 Ogos 2013

Belum ada komen untuk "Hot! Menjana Duit Dengan Affiliate "

Catat Ulasan