Memaparkan catatan dengan label Jurnal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jurnal. Papar semua catatan

Tips Menjadi Penulis Blog Yang Hebat

Sebenarnya untuk menulis kita perlu ada bakat. Dan setiap orang ada bakat dan gaya tersendiri dalam mengolah ayat di dalam penulisan mereka. Kita sudah belajar membuat karangan semenjak dari sekolah rendah lagi. Dari situ juga kita dapat lihat sejauh mana bakat kita dalam penulisan. Perlu diingat menulis juga memeerlukan krestiviti, jika kita tidak kreatif, pembaca akan jemu untuk membaca artikel kita. Namum di dalam penulisan blog tiada format tertentu yang ditetapkan, terpulang kepada gaya masing-masing.

Tips Menjadi Penulis Blog Yang Hebat


Disini aku ada beberapa tips untuk kita ulangkaji dan bahaskan, jika ada pandangan dan pendapat sila bagi komen untuk penambahbaikan.

1. Penggunaan Bahasa Yang Sederhana dan Jelas.
Gunakanlah bahasa yang tidak kaku atau terlalu formal. Cuba gunakan bahasa aktif, seperti ayat yang sering kita gunakan di dalam perbualan seharian. Jangan gunakan bahasa yang sukar difahami, atau ayat yang terlalu panjang, biar ringkas dan padat.


2. Jangan Terlalu Nak Bersastera.
Tahulah dia dapat A++ subjek Sastera masa ambil SPM dulu. Tapi janganlah pula terlalu skema didalam penulisan blog. Jarang-jarang tak mengapa, kalau terlalu kerap mungkin membuatkan pembaca jadi jemu dan bosan. Jadi buatlah ayat yang santai.


3. Buat Kajian Keyword
Memang betul keyword penting di dalam permainan teknik SEO. Tapi jangan pula kita hanya bergantung kepada keyword yang baik, tetapi artikel kita kacau bilau. Buatlah kajian keyword yang relevan dengan penulisan kita, keyword dan ayat biar selari. Gunakanlah keyword dengan tepat dan tidak menganggu susunan ayat di dalam artikel kita.


4. Penulisan Yang Berkarakter
Semua orang boleh menulis, tetapi cuba kita cari karakter di dalam penulisan kita. Maksud aku, karakter di dalam artikel itu biar berbeza, lain dari yang lain yang akan mencerminkan blog kita. Biar ia menjadi tarikan kepada pembaca dan orang akan ingat dengan penulisan kita. Biar ada aura orang kata.


5. Rajin Buat Ulangkaji
Rajin-rajinlah tengok balik artikel-artikel lama yang kita tulis. Baca banyak kali, cuba tengok apa kelemahan dan kelebihan penulisan kita. CUba tengok gaya bahasa yang kita guna, isi kandungan yang bernas atau tidak. Cuba perbaiki artikel kita, dan bentuk satu gaya penulisan kita yang baru yang lebih bagus.

Bagaimana Menjadi Blogger Super Hebat

Kita semua mahu menjadi yang terhebat. Kita mahu jadi hebat di dalam setiap bidang yang kita ceburi. Begitu juga mereka yang berminat di dalam dunia blogging. Sudah tentulah kita mahu blog kita jadi yang terhebat. Tapi hebat yang macam mana kita mahukan?


Bagi kita yang masih baru ada blog ini. Sudah pastinya kita ada idola kita sendiri. Kita mahu jadi hebat macam dia tu, mahu jadi hebat macam dia ni. Tapi pernahkah kita terfikir bagaimana caranya menjadi blogger yang hebat?

Pastinya kita tercari-cari tip dan petua daripada orang-orang lama di dalam dunia blogging. Tapi bagi aku, untuk menjadi blogger yang hebat, kita kena ada tujuan utama kita buat blog. Tanya diri sendiri, mengapa aku buat blog? Untuk menjana wang secara online kah? Untuk jadi popular seperti Hanis Zalikha kah?

Hebatnya seseorang blogger itu ada pelbagai. Mereka hebat dengan cara dan kelebihan diri masing-masing. Ada yang hebat dengan teknik SEO. Ada yang hebat dengan personalitinya. Ada blogger yang hebat dengan penulisannya. Malah tak kurang juga yang hebat dengan blackhat..hehehe...

Pendapat aku secara peribadi, untuk menjadi blogger yang hebat, super hebat, kita perlu ada skill penulisan yang bagus, disamping penerapan teknik SEO. Sebab blog ialah tempat kita berkongsi artikel. Namum ada juga blog yang hebat tapi penulisannya ringkas dan bersahaja, dan dia lebih menekankan kepada gambar seperti Blog Serius. Jadi untuk menilai bagaimanakah caranya untuk jadi blogger terhebat, sangat subjektif sebenarnya, ia bergantung kepada diri masing-masing.

Cuma kadang-kadang mereka yang masih baru berjinak-jinak dengan blog, mereka anggap dengan berblogging mereka akan boleh buat duit dengan mudah. Goyang kaki je. Itu silapnya, untuk menjadi blogger hebat, kita kena usaha. usaha untuk belajar teknik penulisan yang baik. Belajar teknik SEO yang berkesan. Kita belajar untuk setting coding html secara asas pun sudah cukup. Kita kena usaha cari backlink secara manual. Usaha tanpa jemu blogwalking dari satu blog ke blog yang lain, sambil mencari trafik dan backlinks mungkin kita akan jumpa sahabat blogger pula nanti.

Jadi untuk jadi blogger yang super hebat. kita kena rajin usaha. Jangan lupa solat dan doa sekali tau...Hehehehe

Tembak, Menembak Dan Ditembak

Tembak, Menembak Dan Ditembak - Saban hari masuk berita keluar surat khabar 'Kes Tembakan'. Semakin menjadi-jadi pula kes jenayah tembak menembak di Malaysia sekarang. Apakah status keselamatan rakyat jelata? Bolehkah PDRM memberi jaminan bahawa kita takkan ditembak?

kes tembakan di malaysia

Statement aku dekat atas tadi bukan untuk menpelekehkan kerja PDRM, tetapi sebagai rakyat jelata yang ingin hidup aman damai tak bolehkah kita bertanya soal keselamatan diri dan keluarga kita. Aku cukup berterima kasih kepada pihak PDRM yang sentiasa menjaga keamanan negara kita. Dalam berita ada sebut, kawalan disempadan negara kini kian diperhebatkan.

Persoalan yang sering bermain difikiran aku adalah mengapa kes tembakan ini berlaku? Apa puncanya? sebabnya hampir setiap hari ada kes tembakan berlaku. Sehinggakan aku bertanya dalam hati "esok siapa pula yang akan kena tembak?"

Siapa sebenarnya yang menembak ini? Siapakah mereka disebalik semua kekalutan yang membuat rakyat Malaysia gusar. Pada aku mereka bukan sekadar suka-suka hendak menembak orang. Mereka ada motif dan mungkin juga ada sindiket terancang. Mungkin juga ada sindiket pembunuh upahan, seperti laporan berita beberapa hari lepas upah untuk membunuh cuma RM1000 sahaja. Kau benci orang itu, upah sahaja orang untuk bunuh dia. Settle.

Jika benar ada sindiket ini. Bermakna sesiapa sahaja boleh ditembak. Jika kau tak suka orang itu, kau upah orang untuk tembak dia. Jadi sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa kes tembakan sekarang ini. Mungkin kegiatan seperti ini didalangi kumpulan kongsi gelap, ada logiknya.

Semoga keadaan ini tidak terus berlarutan. Risau memikirkan keselamatan negara yang kucar kacir. Dan bagi aku tak usahlah kita hendak berpolitik pula didalam kes sebegini. Biar pihak yang bertanggungjawab jalankan tugas mereka. Biar mereka tangani kes tembakan ini sewajarmya.


Raya Raya Raya

Syukur, Ramadhan ini sudah sempurna aku laksanakan. Dan tibanya detik kita menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia, ampun maaf diminta, menyuci hening dosa. Namum adakah kita perasan, ada 3 perkara yang sering berkait dengan 'RAYA' selain daripada 'Hari Raya'. Hmmm, jap dah macam lagu raya Jalil Hamid pulak kan?

Tapi ini betul. Memang cerita benar. Bukan aku nak copy paste lagu Jalil Hamid. Raya adalah kita meraikan sesuatu dengan suasana yang gembira. Jom kita layan benda apakah yang berkait rapat dengan raya.

Raya Yang Pertama

pasaraya

Pasaraya, mengapa pasaraya? sebabnya menjelang hari raya kita akan buat persiapan raya, nak beli baju raya, kasut raya, langsir raya, persiapan unutk hidangan raya, biskut raya dan macam-macam lagi. Jadi 'pasaraya' dan 'hari raya' memang tak boleh dipisahkan di zaman sekarang ini.

Shopping sakanlah akak-akak kita. Ditambah pula dengan pelbagai diskaun dan tawaran hebat sempena raya. Tapi ingat akak oi, jangan menbazir pula. Tak baik, amalan syaitan.


Raya Yang Kedua

jalanraya

Jalanraya, why? Iye lah, kita kan balik kampung apabila hari raya, berjumpa sanak saudara. Kalau kita naik kapal terbang tidak dikiralah. Jadi jalanraya dan hari raya memang dah jadi macam adik beradik, setiap tahun kita disajikan dengan berita kemalangan dijalanraya ketika pulang beraya dikampung.

Jalan jem semasa musim raya jangan ceritalah. Ada sampai berjam-jam sangkut. Tetapi semua itu tidak kisah, asalkan dapat beraya sakan dengan keluarga di kampung.

Jadi di sini moral cerita aku hari ini adalah berhati-hatilah memandi dijalanraya.

p/s: Eh mana raya yang ketiga...malas dah aku fikir. Korang fikirlah sendiri pulak. Selamat Hari Raya Semua

Melayu Boleh

Melayu Boleh - Pada hari ini orang Melayu boleh bersorak gembira kerana sudah bebas dari cengkaman penjajah. Tiada mereka ini masakan kita orang Melayu boleh hidup aman seperti hari ini. Terima kasih kepada pejuang-pejuang tanahair yang sanggup berkorban apa saja demi Tanah Melayu

anak melayu boleh

Sejarah yang amat panjang sebelum kita merdeka. Terlalu perit untuk dikenang kisah orang dulu-dulu hidup di bawah penjajah. Dari zaman Portugis, Belanda, British, Jepun dan Komunis terpalit kisah duka, orang-orang Melayu boleh diperkotak-katikan sesuka hati. Padahal ini tanahair kita, tetapi kita dijadikan anak tiri dibumi sendiri.

Jika nak di ungkit kisah lama perjuangan pahlawan Melayu boleh berderau darah aku ini. Mana taknya, ada pahlawan yang dianggap pemberontak. Sedangkan mereka berjuang untuk bebaskan Tanah Melayu daripada penjajah. Sejarah yang ditulis oleh penjajah ini langsung tak boleh pakai.

Anak-anak Melayu boleh menikmati kemakmuran Negara hari ini adalah hasil daripada perjuangan pahlawan Melayu yang hebat. Jadi marilah kita mengenang jasa pahlawan-pahalawan Melayu yang gagah perkasa ini seperti Tok Janggut, Tok Gajah, Mat Kilau, Dol Said, Dato’ Bahaman, Mat Salleh, Yamtuan Antah, Rentap, Haji Abdul Rahman Limbong, Dato Maharaja Lela dan ramai lagi pahlawan-pahlawan Melayu yang terbilang.

pejuang tanah melayu

Itu kisah pahlawan zaman belum kemerdekaan. Tapi tahun 2013, kita dikejutkan oleh insiden pencerobohan di Lahad Datu. Yang mana pahlawan-pahlawan kita pergi ke perbatasan untuk berjuang, demi menjaga keamanan Negara kita. Malah ada yang turut terkorban, seramai 9 orang pahlawan Negara telah gugur di medan perang.

Negara, demi menjaga keamanan Malaysia tercinta. Tapi sekarang belum ada perang, macam mana saya hendak menbantu?

Tabung Rayuan Hari Pahlawan

Tak susah jika kita ada sedikit kemampuan, ringan-ringankanlah tangan menderma kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan. Kutipan dibuka sehingga 24 Ogos 2013.


Sekurang-kurangnya anak-anak Melayu boleh mengenang jasa pahlawan-pahlawan yang berkorban untuk keamanan Malaysia.