Memaparkan catatan dengan label Teknik SEO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Teknik SEO. Papar semua catatan

Cara Buat Komen Backlink Secara Manual

Komen backlink biasanya disebut sebagai Blog working oleh pakar SEO. Dimana kita meninggalkan link kita di blog orang lain. Untuk mendapatkan backlink berkualiti,  kita perlu buat komen backlink secara manual.

Cara ini memang senang tapi mungkin susah untuk kita konsisten laksanakan. Tapi sekarang ada cara mudah, nanti akan saya tunjukkan.


Kebaikan membuat komen backlink secara manual adalah, kita akan mengeratkan silaturahim sesam blogger, mungkin mereka ada tip yang boleh menbantu kita nanti. Jadi tidak rugi masa yang kita luangkan unutk blog working ini.

Cara Buat Komen Backlink Secara Manual.


1. Cari blog sasaran kita, dengan guna syntax dibawah ini di Google Search.
"taipkan keyword anda" + blog

Pastikan juga link yang akan kita tanamkan nanti adalah blog DoFollow.

2. Cara cari backlink .GOV - cuba gunakan syntax dibawah ini.

site:.gov inurl:blog “post a comment”-”comments closed”-”you must be logged in”"your keyword phrase”

cara ini perlu digunakan bersama tool seoquake, untuk senang kita lihat pagerank blog .gov tersebut.

sudah jumpa blog yang sesuai, maka kita masukkan link kita pada komen. Dan harus diingat jangan SPAM blog orang. Buatlah komen yang berhemah. Komen perkara yang berkaitan dengan artikel. Itu sahaja dahulu untuk cara buat komen backlink secara manual.

SEO On Page Dan SEO Off Page

Artikel ini sepatutnya sudah aku jelaskan di bawah tajuk Apa Itu SEO?. Tapi aku rasa lebih baik aku buatkan satu tajuk khas untuk SEO On Page dan SEO Off Page.

SEO On Page Dan SEO Off Page

Dua teknik inilah sebenarnya perkara asas untuk mengoptimumkan SEO blog kita. Jadi kita kena kenal dan faham apa itu SEO On Page dan SEO Off Page. Jom sambung pengajian kita.

SEO On Page

SEO On Page

Teknik Seo On Page adalah teknik SEO yang lakukan pada blog kita. Contoh SEO On Page ialah pasang Meta Tag dengan berkesan, Template blog yang mesra SEO, Internal Link, Navigation yang memudahkan, buat sitemap. Di dalam teknik ini kita akan optimumkan SEO kita pada halaman blog kita, pada template blog kita.

SEO Off Page

SEO On Page

Teknik SEO Off Page pula adalah kita mengoptimumkan SEO kita daripada luar. Contoh SEO Off Page adalah kita menbangunkan backlink yang berkualiti. Backlink yang berkualiti adalah penting untuk meningkatkan SEO blog kita.

Cara Pasang Autolink Untuk Blogger

Fungsi autolink ini sebenarnya sering digunakan untuk blog berflatform wordpress. Namum kini platfrom blogger juga sudah juga pasang autolink. Autolink juga teknik SEO yang perlu kita masukkan ke dalam blog kita.

Autolink adalah satu teknik hyperlink untuk keyword yang dilakukan secara automatik. Contohnya, jika kita membuat hyperlink untuk keyword SEO, jika perkataan SEO itu dengan sendiri akan di'hyperlink' secara automatik.

Cara Pasang Autolink Untuk Blogger

Kenapa perlu pasang autolink?


  • Kelebihannya adalah kita akan mendapat baclink jika ada orang yang copy paste artikel kita.
  • Kita tak payah susah-susah nak buat hyperlink secara manual.
  • Akan menunjukkan kontra perkataan yang dihyperlink
  • Yang paling penting akan meningkatkan pageview blog kita.


Cara-cara memasang autolink di blogger.


1. Log in dashboard> Templates >Edit HTML

2. Tekan Ctrl+F, cari </body>

3. Salin code dibawah dan paste diatas </body>

<b:if cond='data:blog.url != data:blog.homepageUrl'><script type='text/javascript'>
function autoLink(){
    this.keywdHref = new Object();
    this.add = function(keyword, href){
        if(keyword.substr(0,1) != &quot; &quot;){keyword = &quot; &quot; + keyword;}
        this.keywdHref[keyword] =  href;
    }
    this.createAnchor = function(){
        var objs = document.getElementsByTagName(&quot;div&quot;);
        for(var i=0; i&lt;objs.length; i++){
            var obj = objs[i];
            if(obj.className.indexOf(&quot;post-body&quot;)&gt;-1){
                var content = obj.innerHTML;
                for(var keyword in this.keywdHref){
                    var href = this.keywdHref[keyword];
                    var newstr = content.replace(keyword, &quot;&lt;a href=&#39;&quot;+href+&quot;&#39;&gt;&quot;+keyword+&quot;&lt;/a&gt;&quot;, &quot;gi&quot;);
                    obj.innerHTML = newstr;
                    content = newstr;
                }
            }
        }
    }
    this.startScript = function(){
        var onLoad = window.onload;
        window.onload = function(){
            if(onLoad){onLoad();}
            setTimeout(&quot;f.createAnchor()&quot;, 100);
        }
    }
}
</script>
<script type='text/javascript'>
var f = new autoLink();
f.add(&quot;SEO&quot;, &quot;LINK BLOG&quot;);
f.startScript();
</script></b:if>

4. Gantikan perkataan berwarna merah dengan keyword kita dan url blog kita.

SEO = keyword yang mahu di'hyperlink'
LINK BLOG = url blog

5. Tekan 'Preview', jika tiada sebarang error. tekan 'Save'.

**pastikan kita backup telebih dahulu templates blog kita untuk mengelakkan terjadinya error nanti.

Cara Setting Robot.txt dan Robot Tag Header

Sekarang ini blogger lebih mesra pengguna. Lebih memudahkan kita untuk membuat blog kita mesra SEO. Blogger telah menambah fungsi baru untuk setting Robot.txt dan Robot Tag Header. Kedua-dua fungsi ini amat menbantu untuk mengindeks blog kita di enjin carian. Dan ia juga termasuk di dalam teknik untuk mengoptimumkan SEO.

Cara Setting Robot.txt dan Robot Tag Header

Cara Setting Robot.txt


1.Login ke akaun Blogger.
2.Pada dashboard Klik Settings > Search preferences > Skrol kebawah sekali > Custom Robot.txt > Edit > tick 'Yes'
Cara Setting Robot.txt

3. Copy paste code di bawah ini dan masukkan kedalam form Robot.txt.

User-agent: Mediapartners-Google
Disallow:
User-agent: Googlebot
Disallow: /search
Disallow: /?m=1
Disallow: /?m=0
Disallow: /*?m=1
Disallow: /*?m=0
User-agent: *
Disallow: /search
Sitemap: http://urlanda.blogspot.com/feeds/posts/default?orderby=UPDATED


4. Gantikan code berwarna merah dengan url blog anda

5. Selepas itu, klik 'Save' untuk simpan settings yang kita buat


Cara Setting Robot Tag Header


1. Pada dashboard Klik Settings > Search preferences > Skrol kebawah sekali > Custom RObot Header Tags > Edit > tick 'Yes'

2. Tick (tanda) ikut seperti di dalam gambar dibawah ini.

Cara Setting Robot Tag Header


3.Selepas itu, klik 'Save' untuk simpan.

Cara Pasang META TAG Pada Blog

Pemasangan Meta Tag yang betul pada blog juga akan mengoptimumkan SEO blog kita. Jadi jika anda inginkan trafik yang tinggi, cepat rebutlah peluang untuk memasang Meta Tag sekarang! Percuma je, tapi kena buat sendiri.

cara pasang meta tag pada blog

Meta tag atau tag meta adalah perkara asas di dalam teknik SEO. Ia akan menhubungkan Meta Tag dengan kandungan atau artikel yang kita tulis. Namum kita harus tahu untuk memasang Meta Tag dengan berkesan, barulah ia akan menbuahkan hasil. Jom kita belajar cara-caranya.

Cara Pasang META TAG Pada Blog


Langkah 1 :

Copy code dibawah ke dalam notepad.txt. Edit balik tulisan yang berwarna merah.

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title><b:else/><title><data:blog.pageTitle/></title></b:if><meta content='DESCRIPTION BLOG ANDA ' name='description'/><meta content='KEYWORD BLOG ANDA ' name='keywords'/><meta content='index, follow' name='robots'/><meta content='NAMA ANDA ' name='author'/><meta content='2013, NAMA BLOG' name='copyright'/><meta content='1 days' name='revisit-after'/><meta content='id' name='language'/><meta content='id' name='geo.country'/><meta content='Malaysia' name='geo.placename'/><meta content='all-language' http-equiv='Content-Language'/><meta content='global' name='Distribution'/><meta content='global' name='target'/><meta content='Malaysia' name='geo.country'/><meta content='all' name='robots'/><meta content='all' name='googlebot'/><meta content='all' name='msnbot'/><meta content='all' name='Googlebot-Image'/><meta content='all' name='Slurp'/><meta content='all' name='ZyBorg'/><meta content='all' name='Scooter'/><meta content='ALL' name='spiders'/><meta content='text/html; charset=UTF-8' http-equiv='Content-Type'/><meta content='true' name='MSSmartTagsPreventParsing'/><meta content='blogger' name='generator'/><meta content='general' name='rating'/><meta content='never' name='Expires'/><meta content='GOOGLE VERIFICATION CODE' name='google-site-verification'/>

Langkah 2 :
Cari code ini <b:include data='blog' name='all-head-content'/> menggunakan Alt+F. Dan di bawahnya anda akan jumpa kod seperti ini <title><data:blog.pageTitle/></title>

Langkah 3 :
Gantikan kod yang anda edit pada notepad.txt tadi. Dan gantikannya (paste) dengan code <title><data:blog.pageTitle/></title>.

Sila klik PREVIEW terlebih dahulu, takut kalau ada error. Jika semunya okey, barulah kita SAVE.

**Google verification code kita kena dapatkan dari google webmaster (kena daftar dahulu).

Cara Optimize Gambar Dalam Blog

Cara Optimize Gambar Dalam Blog adalah salah satu teknik SEO yang penting. Walaupun nampak macam remeh. Caranya adalah dengan kita memasang ALT Tag pada gambar dengan menggunkan keyword yang berkait dengan gambar. Kita boleh ulangkaji balik pelajar kita terdahulu dalam artikel 10 Tips Optimumkan SEO Blog .

Cara Optimize Gambar Dalam Blog

Cara-Cara Pasang Image ALT Tag Pada Blog


1. Buat entry baru atau edit entry, kemudian masukkan gambar untuk artikel anda.

2. Klik pada gambar yang ingin anda masukkan ALT Tag.

3. Kemudian anda cari dan klik 'Properties'

Cara Optimize Gambar Dalam Blog


4. Selepas terpapar Image Propperties. Taipkan TITLE TEXT dan ALT TAG dengan keywords yang relevan dengan gambar. Jangan kita tidak Over Optimization pula dengan meletakkan keywords yang lari dari tajuk gambar.

Cara Optimize Gambar Dalam Blog

Cara Membuat Anchor Text Link Pada Keywords.

Cara membuat anchor text pada keywords adalah salah topik yang kita tidak boleh lari dari teknik SEO. Salah satu elemen penting untuk kita optimumkan SEO blog kita. Ini adalah perkara asas didalam kita memantapkan SEO blog kita.

Cara Membuat Anchor Text


Apa itu Anchor Text?

Anchor Text adalah perkataan atau ayat yang diletakkan link ke sesebuah laman web bersamanya.

Fungsinya adalah perkataan ini akan dianggap oleh Googlebot sebagai keywords dan diindex lebih daripada perkataan biasa.

Anchor Text ini seeloknya digunakan untuk perkataan yang ada kaitan dnegan tajuk artiekl atau lebih baik kita gunakan keyword yang berkaitan dengan tajuk artikel, meta tag, tajuk blog, nama domain dan description blog. Tujuannya adalah agar robot enjin carian dapat memberikan relevanci yang tinggi.

Jika link kita menuju ke laman web luar, kita kena letakkan keyword yang berkaitan dengan tajuk laman web tersebut.

Sudah faham? Jom kita belajar cara hendak buat anchor text pula.


Cara membuat Anchor Text Link Di Blog

Untuk membuat anchor text link anda cuma perlu salin code dibawah ini:

<a href="http://LINK YANG DITUJU" title="KEYWORD">TAJUK</a>

Contoh:

<a href="http://malayaseo.blogspot.com" title="Malaya SEO"> Malaya SEO </a>

Merah : masukkan link yang ingin ditujui
Biru : masukkan keyword yang berkaitan link
Ungu : disini masukkan perkataan atau tajuk yang ingin kita paparkan.

Kepada yang tidak biasa dengan coding, anchor text ini jika mahu dimasukkan ke artikel di blog, kita perlu menaipnya di ruangan HTML.

Cara mendapatkan Backlink Dari Dummy Blog

Cara mendapatkan backlink dari dummy blog adalah salah satu kaedah di dalam artikel cara mendapatkan backlinks berkualiti. Salah satu kaedah atau trick sebenarnya untuk menpertingkatkan SEO blog kita.


Kaedah ini memang mudah dan sudah confirm kita akan dapat backlinks dan kekal untuk selama-lamanya. Kerana dummy blog itu adalah milik kita sendiri.

Dummy Blog adalah blog yang kita buat sendiri dan dipasangkan link menuju ke blog utama kita. Apa penting adalah dummy blog kita juga di indek oleh Googlebot.

Nampak senang tapi sebenarnya kaedah ini memerlukan kita luangkan masa yang banyak, untuk fokus. Aku sendiri pun belum lagi mampu buat dummy blog ini.


Cara-cara membuat Dummy Blog

1. Buat sekitar 10 hingga 50 dummy blog. Boleh menggunakan pelbagai platform blogging atau web 2.0. Contohnya blogger, wordpress, weebly, page4.me, livejournal, blogetery, blogsome, edublogs, blog.com, tumblr, yahoo plus, typepad dan banyak lagi.

2. Masukkan sekurang-kurangnya 10 artikel untuk setiap dummy blog.

3. Selepas itu kita letakkan backlink yang menuju ke blog utama kita pada sidebar.

4. Dan selepas itu, kita carikan pula backlink untuk dummy blog kita tadi, paling kurang carilah dalam 50 backlinks.

5. Selepas itu kita boleh mula bina rantaian pula, sesama dummy blog untuk mengukuhkan lagi ikatan backlinks, atau lebih dikenali Linkwheel. Contohnya seperti gambarajah dibawah :


Pesan aku kepada yang mahu bina dummy blog ini, buatlah perlahan-lahan dan fokus. Ia mungkin akan memakan masa yang agak lama, tetapi ia adalah berbaloi.


Cara Mendapatkan Backlink Dari Blog DoFollow

Cara mendapatkan backlinks dari blog DoFollow adalah kesinambungan dari artikel cara mendapatkan backlinks berkualiti. Agar kita faham lebih mendalam lagi tentang teknik SEO ini.

Cara mendapatkan backlinks dari blog DoFollow

Cara-cara untuk mendapatkan backlink daripada blog DoFollow
Cara ini adalah yang paling praktikal dalam mencari backlink. Konsepnya adalah kita perlu mencari blog DoFollow dan kita tinggalkan komen di blog tersebut.
Tekniknya senang sahaja bukan:
  • Cari blog DoFollow. Pergi ke dropmylink.com, taipkan keyword dan pilih untuk find "do follow comment blogs".
  • Selepas itu tinggalkan komen di artikel blog tersebut.
  • Jika boleh, buat anchor text didalam komen tersebut dengan memasukkan keywords kita.
  • Jika tuan blog itu tidak suka kita masukkan link kedalam komen, kita boleh gunakan keyword kita sebagai NAMA.
  • Komen di 5 artikel terkini blog tersebut. Dan seterusnya beralih ke blog DoFollow yang lain pula. Jangan terlalu banyak komen di blog yang sama, nanti akan dianggap SPAM pula..
Sebagai ingatan juga kepada newbie, kita juga janganlah abaikan backlink dari blog NoFollow. Ia juga akan menbantu backlink ke blog kita nampak natural di mata Googlebot.

Tips Cara Mendapatkan Backlinks Berkualiti

Cara Mendapatkan Backlinks Berkualiti adalah salah satu teknik SEO yang perlu kita belajar. Backlink adalah sesuatu yang penting untuk meningkatkan SERP blog kita Di Google.

Bagi blogger newbies, proses mencari backlinks ini mungkin menjadi sukar. Kerana bukan senang-senang blogger otai hendak beri backlinks mereka. Alamak susahlah macam nie? Rilek brader, aku ada sedikit tip disini, bagaimana caranya untuk kita dapatkan backlinks ini.

Cara Mendapatkan Backlinks Berkualiti



Apa itu Backlinks?


Backlinks ialah link yang menuju ke blog kita. Ada dua jenis backlink iaitu internal backlinks dan external backlinks.

Internal backlinks adalah link yang berasal dari blog kita sendiri. Contohnya, kita buat satu entry dan di dalam entry itu kita buat satu link menuju ke entry lama blog kita. Jadi itulah internal backlinks.

External backlinks pula adalah link menuju ke blog kita daripada website / blog luar. Backlinks jenis inilah yang agak susah kita nak dapat.



Tips Membangunkan Backlinks


Ada beberapa aspek yang perlu kita tekankan dalam kita mencari backlinks yang berkualiti.
  • Backlink itu haruslah DoFollow
  • Backlink itu jika boleh bersifat sehala (one wayjangan bertukar-tukar link)
  • Keywords Backlinks perlu pelbagai (paling kurang 5 keywords)
  • Backlinks dihantar perlu konsisten. Lagi baik jika 100 backlinks/sehari selama 100 hari, daripada 10000 backlinks dihantar sekaligus dalam masa sehari.
  • Backlink sepatutnya 90% menuju ke homepage dan 10% menuju ke artikel-artikel penting di dalam blog kita.
  • Page Rank (PR) juga penting. Cari blog yang ada PR yang tinggi. Tetapi 10 backlinks daripada blog PR2 adalah lagi baik daripada 1 backlinks blog PR4.


Kaedah Mendapatkan Backlink


Ada banyak cara yang kita boleh gunakan untuk mendapatkan backlink. Iaitu:

Tips Menulis Artikel Yang Berkualiti Dan Unik

Tips Menulis Artikel Yang Berkualiti Dan Unik - adalah penting dalam kita menghasilkan blog. Jadi artikel kita juga perlu seiring dengan teknik SEO. Agar artikel kita diindex dengan baik di enjin carian.

Blog hidup dengan artikel dan jika tiada artikel bukan bloglah namanya. Jadi mahu atau tidak kita kenalah belajar cara menulis artikel dengan betul. Dan yang lebih penting artikel kita itu diindex dengan baik oleh enjin carian.

tips menulis artikel yang berkualti dan unik

Di dalam pelajaran yang lepas kita telah menekankan pasal Keywords dan cara meletakkan Keywords. Maka kini kita sudah sedia untuk menulis artikel kita pula.

Tips Menulis Artikel

1. Memilih Tajuk Artikel
  • Pastikan tajuk artikel mengandungi keywords yang mahu digunakan.
  • Panjang tajuk artikel lebih kurang 5-7 patah perkataan sahaja, jika semakin panjang semakin kurang padat keywords didalamnya.
  • Buat tajuk artikel yang gempak, seperti menarik perhatian orang untuk membaca artikel kita.
2. Memilih URL Atikel
  • Jika tajuk kita terlalu panjang, nanti URL kita tidak akan muat. Mungkin ada ayat yang akan terpotong. Rugilah kalau keywords kita yang terpotong. 
  • Jadi kita perlu pastikan URL juga ada keywords.
  • Untuk blog diplatform Blogspot kita boleh ubah url kita dengan pergi sebelah kanan new post Permalink>Custom Permalink, dan ubah link mengikut kesesuaian.
3. Gunakan Label Pada Artikel
  • Pastikan setiap artikel yang hendak dipublish diletakkan label.
  • Buat Label yang menerangkan pasal artikel kita secara ringkas.
  • Boleh juga menggunakan banyak Label pada satu artikel.
4. Pasang Meta Decription
  • Meta Description ini akan dipaparkan pada enjin carian Google.
  • Penting diselitkan Keywords di dalam Meta Description untuk artikel kita.
  • Tidak melebihi 150 patah perkataan.
5. Cara Optimumkan Isu Kandungan Artikel
  • Panjang Artikel lebih kurang 300 patah perkataan. ( ada yang cakap 600 patah perkataan )
  • Keywords hanya diulang sebanyak 3 kali di dalam artikel.
  • Keywords harus dimasukkan pada perenggan pertama. Dan di'Bold'kan
  • Gunalah bahasa baku. Jangan guna bahasa pasar.
  • Guna Heading H2 dan H3
  • Artikel kita biarlah ringkas, padat dan tepat.
  • Tulis Artikel yang bermanfaat kepada pembaca.
6. Optimumkan Gambar Di Dalam Artikel

  • Pastikan gambar yang diselitkan relevan dengan isi kandungan Artikel.
  • Setiap gambar harus mengandungi ALT Tag. Fungsinya adalah untuk memberi tahu googlebot akan deskripsi gambar tersebut
  • Gunakan saiz gambar yang sesuai, jangan terlalu besar hinggakna loading terlalu perlahan.
  • Untuk Blogspot jangan upload gamabr di hosting lain atau copypaste gambar pada entry. Takot jika hosting itu perlahan akan turut menganggu loading blog kita.
7. Pasang Link Di Dalam Artikel

  • Pastikan Tab Link baru terbuka pada halaman baru atau open new tab.
  • Pastikan link mana yang menuju keluar dan link mana yang masuk keblog kita. Untuk link keluar check 'nofollow' dan link masuk keblog kita tidak perlu check 'nofollow'
  • Agak penting didalam artikel kita ada 2 link keluar. Pastikan lini itu ada kaitan dengan artikel kita. Fungsinya adalah untuk meningkatkan robot enjin carian mengindeks blog kita nanti.


Jadi penulisan artikel yang berkualiti dan unik ini adalah penting bagi Google. Sebabnya adalah bagi mengelakkan kita dicop sebagai plagiat hasil karya orang lain dimata google dan akhirnya artikel kita tidak kemana.