Memaparkan catatan dengan label Menjana Wang Online. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Menjana Wang Online. Papar semua catatan

Buat Duit Online Dengan iPanel Online

Buat duit online dengan iPanel Online memang cara paling senang, sebab kita menjana duit dengan hanya menjawab survey. Ya dengan hanya menjawab beberapa soalan dalam 10 minit untuk setiap survey, jika kita berjaya menjawab kesemua soalan kita akan di berikan point. 

Buat Duit Online Dengan iPanel Online

Setiap surveys adalah berlainan pointnya. Jadi jika ada nasib mungkin kita akan mendapat 1000 points. 1000 point sama dengan RM10. Untuk cashout, kita perlu kumpul point mengikut jumlah yang tertentu, iaitu:- 
  1. RM10 =1000 points. 
  2. RM50 = 5000 points.
  3. RM100 = 10000 points.


Selama aku join iPanel Online ini, urusan cashout dia memang cepat, paling lama pun seminggu sahaja. Aku selalu cashout pakai Paypal. Namum ada 7 cara lagi untuk proses pembayaran ini, iaitu melalui Visa, Mastercard, Check, Wire Transfer, Paypal, Google Checkout dan Alipay.

Tempoh proses pembayaran seperti berikut:-
  1. Permohonan: Bila-bila masa
  2. Pengesahan: 1-5 hari kerja
  3. Pembayaran: 1-2 hari kerja
  4. Keseluruhan proses memerlukan 1-7 hari bekerja.
Ada satu lagi yang MENARIK tentang iPanel Online ini ialah setiap minggu akan ada cabutan bertuah. Jika bernasib baik, kita kena loteri lah. Dan ganjarannya adlah sejumlah points, kira okeylah kan, dapat point percuma.

Buat Duit Online Dengan iPanel Online

Jika anda berminat untuk dapat duit online dengan cara paling senang ini. bolehlah mendaftar dekat sini iPanel Online

Buat Duit Online Dengan iPanel Online
Senarai Survey yang perlu diselesaikan.

Buat Duit Online Dengan iPanel Online
Jumlah Mata yang sudah aku tebus.

Buat Duit Online Dengan iPanel Online
Bukti iPanel Online telah membayar aku di Paypal.

Hot! 3 Niche Hangat Affiliate

3 Niche Hangat Affiliate untuk kita promosikan. Aku akan BONGKAR 3 niche yang boleh kita jual. Bukan semua produk boleh kita jual dan mendapat untung yang besar. Jadi melalui kajian niche yang betul, kita mungkin akan temui niche produk yang mampu meledakkan keuntungan kita.

3 niche hangat untuk affiliate


Seperti apa yang pernah aku cerita di dalam entry yang lepas pasal Kesilapan Dalam Affiliate. Kita tidak boleh promosikan produk mengikut kesukaan kita. Orang cakap main belasah je.

Jadi kita perlu belajar cara untuk menbuat kajian tentang pasaran sesuatu produk, demi untuk kebaikan jangka masa panjang bisnes kita nanti.

Sudahkah anda bersedia untuk dibongkarkan 3 niche yang hangat lagi panas di pasaran.

3 Niche Hangat Di Pasaran

3 niche ini tidak pernah kurang permintaannya di pasaran. Jadi peluang untuk kita meledakkan jualan juga agak tinggi.

1. Buat Duit (Affiliate, Blogger / SEO, Adsense)
2. Kerjaya ( Panduan Temuduga, Lulus Exam )
3. Pelaburan ( Forex, Unit Trust, Saham )

Jadi cuba kit sma-sama mencari produk berkaitan 3 niche diatas dan buat kajian tentang niche dan produk yang sesuai untuk kita ledakkan keuntungan kita.

Hot! Tips Berjaya Affiliate Dengan Cemerlang

Tips Berjaya Affiliate Dengan Cemerlang - aku rasa tip meledakkan keuntungan affiliate tidak mencukupi. Aku mahu mereka yang serius dalam bisnes ini, terus cemerlang lagi terbilang. Aku harap tips kali ini juga dapat menbantu orang kita untuk terus maju di dalam program affiliate. Melayu Boleh!

Tips Berjaya Affiliate Dengan Cemerlang


Tips kali ini aku hendak bahagi kepada 2 bahagian utama. Iaitu satu bab pasal persiapan sebelum kempen promosi produk affiliate dan bab kedua pula berkaitan Buzz Marketing. Apa tu? Sekejap lagi kita belajar okey.

Tips Menjadi Affiliater Berjaya.


1. Persiapan Awal.

Mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya ia amat penting untuk kita terus kekal fokus di dalam kempen promosi kita nanti. Jadi kepada sesiapa yang ingin serius WAJIB buat tips ini.

Persiapan Mental - Mental kita perlu bersedia untuk kita terus fokus. Jika kita hilang fokus, nanti semua usaha gigih kita menjadi sia-sia, dan mungkin lagi teruk kita akan berputus asa.


  • Tetapkan Target Jualan - kita perlu ada target berapa yang hendak kita jual, sehari berapa? sebulan berapa?
  • Fokus - kita sudah ada target jualan, jadi kita perlu fokus untuk mencapai target itu. FOKUS adalah penting semasa kita melakukan pemasaran.
  • Konsisten - kita sudah fokus dengan target jualan kita, dan teramatlah penting untuk kita terus kekal konsisten dalam melakukan promosi.


Persiapan Fizikal - Hah! nak kena jogging ke? Tak perlu, lau nak buat pun okey, jadi lebih sihat dan kuat tubuh badan kita juga.hu3.

Persiapan fizikal yang aku nak terangkan adalah kita perlu membuat kajian terperinci terhadap produk affiliate yang kita mahu promosikan. Sejauh mana kemampuan kita untuk menghasilkan jualan terhadap produk tersebut.

Apa yang perlu kita selidiki adalah :

  • Kekuatan atau tarikan produk tersebut.
  • Kredibiliti pemilik produk tersebut.
  • Design ecover, banner, minisite.
  • Keterangan teperinci berkenaan produk.
  • Kadar Komisen.
  • Rekod Jualan produk

Kenapa kita perlu selidik semua ini? Supaya nanti hasilnya jualan adalah berbaloi dengan titik peluh yang kita keluarkan untuk promosikan produk tersebut. Ini bagi memastikan conversion rate jualan produk sentiasa tinggi

2. Buzz Marketing

Proses ini sebenarnya dilakukan sebelum kita melancarkan mana-mana produk affiliate kita.

Platform Buzz Marketing ini adalah melalui laman Facebook, e-mail, forum dan blog.

Facebook - Kita perlu update status-status yang berkaitan dengan produk affiliate yang bakal kita lancarkan. Kita war-warkan dalam bentuk kebaikan serta bonus-bonus yang akan ditawarkan.

E-Mail - Lebih kurang SEMINGGU sebelum kita lancarkan produk. kita perlu mula feed subcriber dengan info yang berkaitan dengan produk affiliate kita.

Forum - Pastikan kita sudah aktif berforum sebelum produk kita dilancarkan. Biar kita betul-betul aktif dan menjadi well-known di forum tersebut. Nanti akan lebih senang urusan promosi kita. Kongsikan tips dan panduang yang berguna, ini untuk menbina kredibilit kita di dalam forum tersebut.

Blog - Blog adalah satu platform yang penting bagi seorang affiliater menbina kredibiliti. kita harus update blog berkaitan produk kita dan artikel-artikel yang berguna.

Hot! 4 Kesilapan Dalam Affiliate

4 Kesilapan Dalam Affiliate - Kita sudah belajar beberapa panduan ringkas untuk promosi affiliate. Namum begitu lumrah kita dalam mencari keuntungan, ada juga kesilapan. Tiada manusia yang sempurna, namum ada tips yang berguna unutk kita mengelak dari melakukan kesilapan ini.
Kesilapan Dalam Affiliate


Terdapat beberapa kesilapan yang selalu dilakukan oleh affiliater.

1. Salah Pilih Program Affiliate.

Kita masuk sesuatu program affiliate adalah untuk mencari keuntungan. Betul tak? Jadi kita akan pilih produk-produk yang kita rasakan akan laku dipasaran.

Nah! Disinilah silap kita. Kita sepatutnya memilih produk setelah kita membuat kajian dari segi aspek pemintaan dan kemampuan produk tersebut di dalam pasaran.

Jadi kita perlulah mencari niche produk yang mendapat pemintaan tinggi dipasaran.

Lagi satu kalau boleh biarlah kita faham dan ada pengetahuan tentang produk yang hendak kita pasarkan.

Dan boleh juga kita cuba promosikan produk yang kita minat, kerana kita akan lebih tahu akan produk yang kita promosikan itu.


2. Menyertai Terlalu Banyak Program Affiliate.

Peluang yang ditawarkan melalui program affiliate sekarang begitu meluas. Begitu banyak produk yang ditawarkan untuk dipromosikan.

Jadi kita pun gelap mata dengan jumlah komisen yang ditawarkan. jika ada 10 produk maka 10 produklah kita daftarkan nama. Ye lah, nak masyuuk lebih kan.

Tapi bak kata pepatah orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan baying-bayang. Ini bukan sikap yang baik untuk affiliater semua.

Apa penting dalam kita melakukan promosi adalah fokus. Jika sudah terlalu banyak produk hendak kita promosikan. Yang mana satu hendak kita utamakan?

Jadi adalah lebih baik, jika newbies buat lah satu produk dahulu, sehingga kita mahir, bolehlah cuba 2 atau 3 produk lagi secara serentak.

Boleh sahaja jika kita hendak jalankan 10 produk sekaligus, tapi pastikan produk itu adalah niche yang sama.


3. Tidak Beli Produk Yang Dipromosi

Formula dia simple sahaja, macam mana kita hendak promosikan produk yang kita sendiritidak pernah pegang atau baca. Kita tidak kenal secara menyeluruh produk kita itu.

Memanglah setiap produk itu sudah dijelaskan oleh Merchant perkara berkaitan tentang produk tersebut. namum kadang kala surat jualan gempak tetapi produk pula hampeh.

Bukannya kita tahu jika produk program affiliate itu menipu. Takkan kita hendak jual produk tipu pula.

Kita kenalah jaga reputasi kita juga, silap-silap nanti promosi dah gempak, tapi jula barangan tipu, dengan kita-kita di cop kaki tipu.

Jadi kita pun kena jaga nama baik kita di dalam dunia affiliate markerter ini.

Lagipun jika kita beli produk tersebut, kita akan adapat membuat review dan cadangan kepada bakal pembeli kita nanti. Kita akan lebih faham akan produk yang kita promosikan. Lagi senang kita hendak jual produk tersebut.


4. Biar Komisen Kita Dicuri.

Siapa pula hendak curi komisen kita? Bukan pencuri atau perangut. Tetapi kita tidak mendapat komisen walaupun kita sudah membuat promosi yang gempak.

Kenapa?

Begini. Perkara sebegini sering dipandang remeh oleh affiliate terutama newbies.

JIka prospek kita melihat link seperti ini :

http://www.malayaseo.com/index.php?ref=mamat

Kadangkala, ada prospek akan menyalin link dengan hanya mengambil http://www.malaysaseo.com

Sebab apa?

Kerana mungkin mereka takut akan link itu ada virus. Dan ada juga yang tahu itu link affiliate jadi mereka tidak mahu klik link affiliate kita. PHD!..huhuhu

Jadi sebelum komisen kita dicuri, kita harus lakukan sesuatu, iaitu Link Affiliate harus dipendekkan.


Langkah memendekkan link affiliate

1. Salin script dibawah ke dalam notepad.

<?php
header("Location:linkaffiliateanda");
?>

2. Gantikan linkaffiliateanda dengan link affiliate sebenar kita.

3. Kemudian kita save fail dengan nama index.php.

4. Selepas itu kita upload fail tadi ke dalam hosting kita di dalam mana-mana folder.

5. Jika kita tiada domain atau hosting sendiri, kita boleh juga gunakan link cloacker di http://www.rkurl.com . Ia boleh menyembunyikan link kita.

6. Dan selepas itu gunakanlah link yang baru ini untuk promosikan produk affiliate kita.


Sekian dahulu daripada saya, yang cuba berkongsi ilmu affiliate yang tidak seberapa. Sekian, Terima Kasih.

Hot! 4 Tips Meledakkan Keuntungan Affiliate

4 Tips Meledakkan Keuntungan Affiliate - Teknik promosi produk affiliate yang berkesan untuk kita mengaut untung. Sekaligus menggandakan pendapatan sampingan kita. Begini caranya.

4 Tips Meledakkan Keuntungan Affiliate

1. Pilih Produk Affiliate yang Sesuai. – Biasanya affiliater lebih suka promosikan produk yang memberikan komisen yang besar dalam masa yang singkat.
  • Faktor yang penting ketika memilih program affiliate. Pilih produk yang menawarkan komisen yang bagus dan cara pembayaran minumun jualan diperlukan.
  • Selidik laman affiliate tersebut, pastikan ditunjukkan dengan jelas sama ada jualan telah dibuat, ada pembayaran telah dibuat dan juga pastikan pembayaran sampai ke tangan kita nanti.
  • Jika anda ragu-ragu dengan kredibiliti affiliate tersebut, carilah yang lain. Jangan buang masa, tenaga anda dengan menpromosikan produk tetapi bayarannya tidak setimpal atau anda langsung tidak mendapat bayaran.
  • Penting juga untuk kita pilih produk yang bagus dan berkualiti untun dipromosikan. Akan meningkatkan lagi pontensi untuk menghasilkan jualan tinggi.

2. Kumpul Mail List Daripada Prospek

  • Saya sudah ceritakan panjang lebar di dalam entry Tips Asas Promosi Affiliate yang lepas. 
  • Kaedah ini adalah penting untuk produk yang sedang dipromosikan sekarang dan juga boleh digunakan untuk produk yang akan datang. Jadi simpanlah elok-elok mail list anda itu. Kalau kena dengan caranya anda boleh jual mail list anda kepada orang lain pula. Masyuuk!
  • Penting untuk anda buat promsosi squeeze page anda awal-awal promodi, bukannya ketika prdouk sudah berminggu berada dipasaran baru anda nak mula. Kalau tidak buat penat sahaja tanam cookies.
  • Dan sekali lagi harus diingat, gunalah auotresponder yang berbayar. Jangan guna autorepsonder percuma.

3. Pilih Program Affiliate Yang Memberikan Komisen Berterusan
  • Program affiliate sebegini tidak banyak ditawarkan di Malaysia. Sebagai contoh produk affiliate ebook hanya akan dibeli sekali sahaja. Pembeli tidak akan beli produk yang sama lain kali.
  • Program Affiliate yang menawarkan komisen berterusan ini biasanya adalah jenis produk menawarkan perkhidmatan.
  • Contoh paling senang adalah autoresponder. Setiap bulan, pelanggan mesti membayar untuk terus melanggan autresponder. Kebanyakan pemilik autoresponder menawarkan program affiliate unutk produk mereka.

4. Review Produk Dengan Efektif
  • Review dan candangan adalah elemen yang penting ketika promosi.
  • Gunalah ayat yang panjang dan menarik. Semakin tinggi peluang untuk anda membuat jualan.
  •  Apabila ayat review atau cadangan anda panjang, ia seakan menggambarkan kauliti dan keyakinan terhadap produk tersebut.
  • Anda boleh cuba ayat ini. Ayat ini bersifat memaks dalam senyap. Contoh : Anda Ingin Nampak Kurus? Klik Sini...
  • Daripada ayat diatas, kita mungkin telah menarik perhatian mereka yang ingin kurus, jadi jika mereka berminat mereka akan klik link tersebut.
  • Satu lagi ayat yang agak berkesan adalah, anda seolah bercerita tentang masalah anda dan anda telah mencuba produk affiliate tersebut. Dan ianya berhasil. Anda boleh cuba ayat ini di laman sosial seperti facebook.

Sekian dahulu daripada saya. Ilmu Affiliate untuk dikongsikan bersama.

Hot! Tips Asas Promosi Affiliate

Hot! Tips Asas Promosi Affiliate  - Kita sudah kenal apa itu program affiliate. Kita perlu promosi link affiliate untuk mendapat komisen. Kita perlu promosikan dengan teknik yang betul. Jadi hari saya akan kongsikan tips panduan asas dalam mempromosikan program affiliate.

Hot! Tips Asas Promosi Affiliate


Mula-mula sekali kita perlulah mendaftar dimana-mana program affiliate. Dan selepas mendaftar kita akan diberikan link affiliate. Dengan link affiliate inilah nanti kita akan promosikan untuk mendapat komisen.
Secara asasnya terdapat 3 cara mudah dan efektif untuk mempromosikan link affiliate kita. Iaitu promosi melalui blog, promosi melalui forum dan promosi melalui e-mail.

Promosi Melalui Blog

Promosi Melalui Blog

Salah satu cara promosi yang berkesan adalah dengan kita review sesuatu produk atau kita mengulas tentang kelebihan produk itu.

Jadi platform yang sesuai untuk kita review produk adalah dengan menggunakan blog. Dan disinilah juga pentingnya kita guna Teknik SEO. Dan kita perlu bermain dengan niche dan keyword di dalam blog affiliate kita tadi. Agar review kita relevan dengan isi kandungan blog. Dengan ini ia juga akan menberikan satu keyakinan buat pembeli nanti dengan isi kandungan yang konsisten.

Di dalam review kita tadi, kita perlu sebarkan kebaikan dan kelebihan tentang produk tadi. Kalau boleh kita ceritakan berdasarkan pengalaman kita sendiri. Itu lebih menarik dan menyakinkan orang untuk membeli.
Lagi satu, kakalu boleh kita dapatkan testimonial daripada pembeli yang sudah membeli produk tersebut dan kita masukkan kedalam blog kita tadi.

Promosi Melalui Forum

Promosi Melalui Forum

Cara promosi dengan kaedah ini mungkin agak rilek, tidak perlu kita akan ilmu SEO. Cuma yang perlu ada adalah sabar dan konsisten dalam kita menpromosikan program affiliate kita.

Caranya adalah anda perlu letakkan link affiliate anda ruang siggy atau signature. Selepas itu anda perlu terus berforum, menghantar post sebanyak mungkin sebagai rangka promosi anda. Ini kerana setiap kali anda post, maka setiap kali itulah link affiliate anda terpapar. Jadi semakin banyak post semakin banyaklah link anda.

Nampak macam senang, tetapi anda haruslah berforum atau promosikan link affiliate anda di forum yang bersesuaian. Anda boleh juga buka satu thread khas untuk promosi link affiliate anda juga.

Jadi berforumlah secara konsisten dan aktif.

Satu lagi tips adalah anda boleh menbina reputasi yang baik di forum. Bagaimana caranya?
Senang sahaja, anda perlu menulis artikel atau menbuka thread yang berguna dan berinformasi di dalam forum itu.

Keduanya, rajin-rajinlah menberi pendapat serta komen yang menbina lagi bernas di dalam setiap isu yang hangat diperkatakan.

Ketiga, jika anda pakar atau tahu info tentang sesuatu perkara, cubalah anda menjawab atau menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh ahli forum yang lain. Tetapi jangan pula anda buat-buat pandai pula.

Promosi Melalui E-Mail

Promosi Melalui E-Mail

Kaedah ini adalah diantara kaedah yang efetik yang sering digunakan affilieter otai Malaya.

Apa yang anda perlu untuk jalankan kaedah ini? Anda harus ada squeeze page, mail list, system autoresponder dan sebuah ebook percuma atau laporan percuma untuk diedarkan.

Tujuan semua tools ini adalah untuk mengumpul mailing list untuk kerja-kerja promosi nanti, kerana jika tiada alamat email, macam mana anda hendak hantar email.

Cara mengumpul mail list

Bina laman web yang dikenali squeeze page. Laman web ini berfungsi sebagai tempat untuk menarik orang ramai menjadi ahli di dalam mail list anda.

squeeze page

Di dalam squeeze page, perlu ada ebook percuma untuk dimuaturun secara percuma, tetapi dengan bersyarat mereka perlu meletakkan alamat email sebelum boleh muaturun. Jika mereka bersetuju dan berminat untuk meletakkan email dan nama mereka. Yeah! Kita sudah mendapat seorang di dalam mail list kita, kita panggil dia subscriber.

Untuk proses menguruskan mail list. Kita perlukan software yang dikenali autoresponder. Software ini berfungsi untuk memudahkan kerja-kerja menghantar e-mail kepada subscriber kita. Boleh didapati di internet secara percuma atau berbayar. Jika kita serius, saya syorkan kita ambil autoresponder yang berbayar, kerana ia lebih efetik seperti Aweber, GetResponse dan lain-lain.

Jadi untuk kta mengumpul mail list. Kita perlu promosi kan squeeze page kita kepada pengguna internet. Promosi lagi? Ia betul kita perlu kerja keras untuk promosi, duit tak akan datang bergolek. Jadi kita gunakanlah platform Blog dan Forum sekali lagi sama seperti kita promosi link affiliate tadi.


Apabila kita sudah ada mail list yang ramai. Maka usahakanlah pula untuk memujuk mereka supaya membeli produk link affiliate kita. Itu semua diatas kepandaiana anda, cara nak mengayat, bahasa bunga-bunga, apa-apa pun cara agar pelanggan kita cair..hehehe..

sekian dahulu daripada saya semoga kita mendapat ilmu beguna tentang affiliate hari ini.

Hot! Menjana Duit Dengan Affiliate

Program Affiliate adalah salah satu cara menaja pendapatan di internet. Sekarang ini begitu banyak program affiliate yang ditawarkan. Affiliate boleh menjana pendapatan yang menguntungkan dengan teknik yang betul. Mari kita berkenalan dahulu dengan program affiliate ini.

apa itu program affiliate

Apa Itu Program Affiliate?

Program affiliate adalah dimana kita menjadi agen (orang tengah) dalam mempromosikan sesuatu produk pihak peniaga. Sebagai agen kita akan mendapat bayaran komisen, jika ada orang membeli produk melalui link affiliate yang dipromosikan oleh kita.

Istilah Didalam Program Affiliate

Sebagai perkara asas di dalam program affiliate, mari kita kenal istilah-istilah yang sering digunakan:
  • Affiliate Marketer – lebih dikenali sebagai affiliates atau agen (orang tengah)
  • Affiliate manager – Lebih dikenali sebagai Merchant atau pemilik program affiliate.
  • Link Affiliate – Link khas yang ada id agen / affiliate marketer.
  • Komisen – Jumlah bayaran untuk setiap jualan jika berjaya dijual.
  • Sistem Affiliate – Perisian Online untuk mengesan (track) setiap aktiviti seperti klik, rekod jualan komisen, jumlah trafik yang masuk dan lain-lain.


Cara Sistem Affiliate Berfungsi

Sistem Affiliate

Secara asasnya carta alirannya adalah begini:
Link Affiliate Agen > Pembeli > Laman Web Jualan > Sistem Rekod Jumlah Komisen

Pembeli akan klik pada link affiliate agen.

Jika pembeli membeli produk tersebut, maka system akan merekodkan jumlah komisen yang sepatutnya agen terima.

Contoh:
Satu produk yang berharga Usd 100.00 dan komisennya adalah 30% untuk satu jualan. Maka jika ada 3 orang pembeli yang membeli produk itu dengan klik link affiliate agen. Maka komisen agen itu adalah 3 x (30%x 100) = Usd 90.00.

Kita tidak perlu risau pasal link affiliate kiat bertukar dengan link affiliate orang lain. Kerana setiap link affiliate agen adalah berlainan. Dimana setiap link ada ID yang unik.

Contoh link Affiliate:
http://www.malayaseo.com/index.php?ref=mamat

Terlalu banyak program affiliate yang ditawarkan sekarang. Bermacam-macam produk untuk dipromosikan. Dan kadar bayaran komisen adalah bergantung kepada setiap Merchant. 

Kita sudah faham asas di dalam program affiliate. Inysaallah kita akan bersambung lagi untuk menpelajari lebih lanjut program affiliate ini.