Cara Merawat Asma Pada Bayi / Kanak-Kanak

Cara Merawat Asma Pada Bayi / Kanak-Kanak - Asma adalah penyakit yang berterusan (kronik) keradangan pada saluran udara di paru-paru, kesna daripada keradangan ini akan menjadikan saluran pernafasan terdedah kepada kesukaran untuk bernafas (serangan asma). Antara puncanya seperti alahan (alergik), selsema dan senaman.

Kebiasaannya asma akan dikawal keradangan dengan menggunakan ubatan dan mengelakkan punca serangan asma.

Agak sukar juga sebenarnya untuk mengenalpasti (diagnosis) dan menguruskan asma pada bayi / kanak-kanak bawah 5 tahun. Pada bayi dan kanak-kanak, tanda-tanda yang utama asma adalah seperti berdehit (wheezing) dan batuk, namum ia juga mungkin disebabkan oleh keadaan lain.

Ujian diagnostik yang digunakan untuk mengukut kadar pernafasan seseorang juga tidak dapat memberikan keputusan yang tepat bagi bayi dan kanak-kanak.

Rawatan yang bagi kanak-kanak yang lebih besar (atas 5 tahun) juga tidak digalakkan dilakukan pada bayi dan kanak-kanak bawah 5 tahun.

Oleh itu, untuk menguruskan asma pada bayi memerlukan pemantauan yang lebih teliti dan lebih kerap. anda boleh membantu mengurangkan gejala asma dengan menuruti pelan tindakan asma seperti dibawah ini.

Cara Merawat Asma Pada Bayi / Kanak-Kanak


Gejala Asma Pada Bayi / Kanak-Kanak

Tanda-tanda asma yang biasa adalah seperti berikut :
  • Batuk
  • Berdehit, ada bunyi wisel yang nyaring apabila nafas keluar
  • Sukar untuk bernafas atau sesak nafas
  • Ketat dan rasa tidak selesa pada dada



Gejala asma mungkin berbeza-beza pada setiap individu
  • Gejala asma semakin teruk pada waktu malam
  • Batuk dan semput dalam tempoh singkat antara tempoh masa tiada gejala asma
  • Gejala yang lebih kerap atau kronik seperti berdehit lebih teruk dan batuk
  • Berubah-ubah berdasarkan jangkitan lazim atau berpunca dari alahan


Gejala asma yang bertambah buruk disebabkan dengan perkara berikut:
  • Selsema atau jangkitan pernafasan yang lain
  • Agen penyebab alahan (alergen) seperti debu, bulu haiwan serta debunga
  • Aktiviti atau senaman
  • Terdedah pada asap rokok atau perengsa yang dibawa udara
  • Reaksi emosi yang kuat seperti menangis atau ketawa
  • Gastrointestinal reflux
  • Perubahan cuaca yang keterlaluan

Rawatan Kecemasan Asma Pada Bayi

Serangan asma yang teruk boleh mengancam nyawa dan ia memerlukan rawatan kecemasa. Tanda-tanda kecemasan asma pada bayi/kanak-kanak adalah seperti berikut:
  • Tercungap-cungap untuk bernafas
  • Sukar bernafas sehingga abdomen disebut di bawah tulang rusuk
  • Susah untuk bercakap kerana pernafasan yang terhad


Anda baru saja membaca artikel yang dikategori Info dengan tajuknya Cara Merawat Asma Pada Bayi / Kanak-Kanak. Jika entry ini sangat berguna bagi anda, sila like okey...By : Malaya SEO
Ditulis oleh: En. eddie - Jumaat, 9 Disember 2016

Belum ada komen untuk "Cara Merawat Asma Pada Bayi / Kanak-Kanak"

Catat Ulasan