Memaparkan catatan dengan label General. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label General. Papar semua catatan

Apa Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan?

Apa Latihan Separa Perubatan?

Latihan Separa Perubatan beroperasi di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC), dimana program ini adalah untuk merekrut lulusan SPM berusia 17 hingga 25 tahun. Untuk perkhidmatan di sektor awam di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Program Latihan Separa Perubatan memberikan kesempatan bagi pelatih untuk memilih sama ada atau diploma dan sijil. Pelajar akan dilatih selama 3 tahun dengan tahap diploma dan 2 tahun untuk sijil.

Yang menarik program latihan ini adalah pelatih akan diberikan elaun bulanan bagi pelajar serta kemudahan lain. Dan biaya pendidikan ditanggung oleh kerajaan.

Untuk maklumat lebih lanjut, pengambilan calon Latihan Separa Perubatan dibuat 2 kali per tahun, pada bulan Januari dan Julai.

Calon-calon yang berminat boleh memohon di laman web SPA.

Soalan Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan

Diploma Latihan Separa Perubatan.


  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Jururawat Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan



Sijil Latihan Separa Perubatan


  1. Latihan Jururawat Masyarakat
  2. Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
  3. Latihan Pembantu Kesihatan Awam



Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan

Setiap calon terpilih untuk mengikuti peperiksaan secara online latihan separa perubatan. Jika lulus, barulah calon akan dipanggil untuk temuduga.

Pada tahun 2016, sesi ujian dalam talian akan diadakan pada tarikh 8 Mac 2016.

Format Peperiksaan Online Latihan Separa Perubatan

Format soalan adalah jenis pemeriksaan objektif. Calon akan diberikan soalan dalam bahagian 2 bahagian A (ujian psikometri) dan bahagian B (Pengetahuan AM).

Berikut adalah lampiran contoh-contoh soalan yang bakal calon jawab.


Apa Itu SEO?

SEO dan blog bagai isi dengan kuku. SEO mungkin tidak asing digunakan oleh blogger otai. Bagi kepada yang baru mengenal dunia blogging mungkin agak janggal. Apa itu SEO?

Namum jika ingin pergi jauh di dalam dunia blogging ini. Walaupun baru kenal blog, kita haruslah belajar serba sedikit teknik SEO, jika ingin lebih serius dengan blog kita.

Apa Itu SEO?


Maksud SEO?

SEO adalah singkatan bagi akronim Search Engine Optimization (Mengoptimunkan Enjin Carian).
S = Search (Cari/Carian), E = Engine (Enjin), O = Optimization (Mengoptimumkan)

daripada maksud SEO diatas, kita sudah boleh agak apa fungsi SEO ini. Dengan teknik SEO yang betul kita akan kuasai enjin carian.

Jadi adalah penting untuk kita terapkan SEO di dalam blog kita agar segala isi atau entry di dalam blog akan terpapar di enjin carian Google.

Dan sudah tentu keutamaan teknik SEO adalah untuk menarik trafik atau pengunjung ke blog kita. Dan daripada trafik yang mencurah barulah kita akan mendapat keuntungan melalui iklan CPC atau CPM.

Apalah guna blog kita jika tiada trafik atau pengunjung. Jadi tunggu pelajaran selanjutnya untuk kita optimunkan blog kita untuk menarik trafik.

Ingat SEO, Ingat Trafik, Ingat Duit

Bismillah...

Aku mulakan bicara untuk entry pertama aku di blog ini. Malaya SEO. Apa yang akan aku paparkan di dalam blog ini adalah berkenaan SEO dan juga sekitar isu semasa di Malaya.

Malaya SEO, aku akan cuba kongsikan teknik SEO serta tutorial SEO. Sebagai panduan untuk aku dan mereka diluar sana yang berminat dengan teknik SEO. Untuk pengetahuan semua aku bukanlah pakar di dalam bidang SEO ini. 

malaysa seo

Apa yang aku cuba kongsikan adalah berdasarkan kajian dan pembelajaran aku untuk meningkatkan lagi kemahiran SEO aku. Jadi kiranya blog ini adalah seperti jurnal aku di dalam usaha pembelajaran aku bagi mendalami lagi ilmu SEO. Apa yang aku belajar akan aku cuba kongsikan di blog ini nanti.

Jikalau ada pakar yang lebih arif diluar sana tentang SEO ini diharap nanti akan turut menbantu aku. Kita kongsikan ilmu ini untuk tatapan seluruh warga Malaya. Tak baik kan kedekut ilmu..hehehe.

Dan kepada yang baru hendak berjinak-jinak dengan ilmu SEO ini. Kita sama-sama duduk dan belajar. Kita berkongsi idea dan sama-sama menpertingkatkan kemahiran kita. Insyallah apa yang aku tahu akan aku kongsikan nanti.

Salam perkenalan buat semua dari Malaya SEO.