Hot! Tips Asas Promosi Affiliate

Hot! Tips Asas Promosi Affiliate -
Hot! Tips Asas Promosi Affiliate  - Kita sudah kenal apa itu program affiliate. Kita perlu promosi link affiliate untuk mendapat komisen. Kita perlu promosikan dengan teknik yang betul. Jadi hari saya akan kongsikan tips panduan asas dalam mempromosikan program affiliate.

Hot! Tips Asas Promosi Affiliate


Mula-mula sekali kita perlulah mendaftar dimana-mana program affiliate. Dan selepas mendaftar kita akan diberikan link affiliate. Dengan link affiliate inilah nanti kita akan promosikan untuk mendapat komisen.
Secara asasnya terdapat 3 cara mudah dan efektif untuk mempromosikan link affiliate kita. Iaitu promosi melalui blog, promosi melalui forum dan promosi melalui e-mail.

Promosi Melalui Blog

Promosi Melalui Blog

Salah satu cara promosi yang berkesan adalah dengan kita review sesuatu produk atau kita mengulas tentang kelebihan produk itu.

Jadi platform yang sesuai untuk kita review produk adalah dengan menggunakan blog. Dan disinilah juga pentingnya kita guna Teknik SEO. Dan kita perlu bermain dengan niche dan keyword di dalam blog affiliate kita tadi. Agar review kita relevan dengan isi kandungan blog. Dengan ini ia juga akan menberikan satu keyakinan buat pembeli nanti dengan isi kandungan yang konsisten.

Di dalam review kita tadi, kita perlu sebarkan kebaikan dan kelebihan tentang produk tadi. Kalau boleh kita ceritakan berdasarkan pengalaman kita sendiri. Itu lebih menarik dan menyakinkan orang untuk membeli.
Lagi satu, kakalu boleh kita dapatkan testimonial daripada pembeli yang sudah membeli produk tersebut dan kita masukkan kedalam blog kita tadi.

Promosi Melalui Forum

Promosi Melalui Forum

Cara promosi dengan kaedah ini mungkin agak rilek, tidak perlu kita akan ilmu SEO. Cuma yang perlu ada adalah sabar dan konsisten dalam kita menpromosikan program affiliate kita.

Caranya adalah anda perlu letakkan link affiliate anda ruang siggy atau signature. Selepas itu anda perlu terus berforum, menghantar post sebanyak mungkin sebagai rangka promosi anda. Ini kerana setiap kali anda post, maka setiap kali itulah link affiliate anda terpapar. Jadi semakin banyak post semakin banyaklah link anda.

Nampak macam senang, tetapi anda haruslah berforum atau promosikan link affiliate anda di forum yang bersesuaian. Anda boleh juga buka satu thread khas untuk promosi link affiliate anda juga.

Jadi berforumlah secara konsisten dan aktif.

Satu lagi tips adalah anda boleh menbina reputasi yang baik di forum. Bagaimana caranya?
Senang sahaja, anda perlu menulis artikel atau menbuka thread yang berguna dan berinformasi di dalam forum itu.

Keduanya, rajin-rajinlah menberi pendapat serta komen yang menbina lagi bernas di dalam setiap isu yang hangat diperkatakan.

Ketiga, jika anda pakar atau tahu info tentang sesuatu perkara, cubalah anda menjawab atau menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh ahli forum yang lain. Tetapi jangan pula anda buat-buat pandai pula.

Promosi Melalui E-Mail

Promosi Melalui E-Mail

Kaedah ini adalah diantara kaedah yang efetik yang sering digunakan affilieter otai Malaya.

Apa yang anda perlu untuk jalankan kaedah ini? Anda harus ada squeeze page, mail list, system autoresponder dan sebuah ebook percuma atau laporan percuma untuk diedarkan.

Tujuan semua tools ini adalah untuk mengumpul mailing list untuk kerja-kerja promosi nanti, kerana jika tiada alamat email, macam mana anda hendak hantar email.

Cara mengumpul mail list

Bina laman web yang dikenali squeeze page. Laman web ini berfungsi sebagai tempat untuk menarik orang ramai menjadi ahli di dalam mail list anda.

squeeze page

Di dalam squeeze page, perlu ada ebook percuma untuk dimuaturun secara percuma, tetapi dengan bersyarat mereka perlu meletakkan alamat email sebelum boleh muaturun. Jika mereka bersetuju dan berminat untuk meletakkan email dan nama mereka. Yeah! Kita sudah mendapat seorang di dalam mail list kita, kita panggil dia subscriber.

Untuk proses menguruskan mail list. Kita perlukan software yang dikenali autoresponder. Software ini berfungsi untuk memudahkan kerja-kerja menghantar e-mail kepada subscriber kita. Boleh didapati di internet secara percuma atau berbayar. Jika kita serius, saya syorkan kita ambil autoresponder yang berbayar, kerana ia lebih efetik seperti Aweber, GetResponse dan lain-lain.

Jadi untuk kta mengumpul mail list. Kita perlu promosi kan squeeze page kita kepada pengguna internet. Promosi lagi? Ia betul kita perlu kerja keras untuk promosi, duit tak akan datang bergolek. Jadi kita gunakanlah platform Blog dan Forum sekali lagi sama seperti kita promosi link affiliate tadi.


Apabila kita sudah ada mail list yang ramai. Maka usahakanlah pula untuk memujuk mereka supaya membeli produk link affiliate kita. Itu semua diatas kepandaiana anda, cara nak mengayat, bahasa bunga-bunga, apa-apa pun cara agar pelanggan kita cair..hehehe..

sekian dahulu daripada saya semoga kita mendapat ilmu beguna tentang affiliate hari ini.
Anda baru saja membaca artikel yang dikategori Affiliate | Menjana Wang Online | Tips Panduan dengan tajuknya Hot! Tips Asas Promosi Affiliate . Jika entry ini sangat berguna bagi anda, sila like okey...By : Malaya SEO
Ditulis oleh: Unknown - Sabtu, 3 Ogos 2013

Belum ada komen untuk "Hot! Tips Asas Promosi Affiliate "

Catat Ulasan