Hot! 4 Kesilapan Dalam Affiliate

Hot! 4 Kesilapan Dalam Affiliate -
4 Kesilapan Dalam Affiliate - Kita sudah belajar beberapa panduan ringkas untuk promosi affiliate. Namum begitu lumrah kita dalam mencari keuntungan, ada juga kesilapan. Tiada manusia yang sempurna, namum ada tips yang berguna unutk kita mengelak dari melakukan kesilapan ini.
Kesilapan Dalam Affiliate


Terdapat beberapa kesilapan yang selalu dilakukan oleh affiliater.

1. Salah Pilih Program Affiliate.

Kita masuk sesuatu program affiliate adalah untuk mencari keuntungan. Betul tak? Jadi kita akan pilih produk-produk yang kita rasakan akan laku dipasaran.

Nah! Disinilah silap kita. Kita sepatutnya memilih produk setelah kita membuat kajian dari segi aspek pemintaan dan kemampuan produk tersebut di dalam pasaran.

Jadi kita perlulah mencari niche produk yang mendapat pemintaan tinggi dipasaran.

Lagi satu kalau boleh biarlah kita faham dan ada pengetahuan tentang produk yang hendak kita pasarkan.

Dan boleh juga kita cuba promosikan produk yang kita minat, kerana kita akan lebih tahu akan produk yang kita promosikan itu.


2. Menyertai Terlalu Banyak Program Affiliate.

Peluang yang ditawarkan melalui program affiliate sekarang begitu meluas. Begitu banyak produk yang ditawarkan untuk dipromosikan.

Jadi kita pun gelap mata dengan jumlah komisen yang ditawarkan. jika ada 10 produk maka 10 produklah kita daftarkan nama. Ye lah, nak masyuuk lebih kan.

Tapi bak kata pepatah orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan baying-bayang. Ini bukan sikap yang baik untuk affiliater semua.

Apa penting dalam kita melakukan promosi adalah fokus. Jika sudah terlalu banyak produk hendak kita promosikan. Yang mana satu hendak kita utamakan?

Jadi adalah lebih baik, jika newbies buat lah satu produk dahulu, sehingga kita mahir, bolehlah cuba 2 atau 3 produk lagi secara serentak.

Boleh sahaja jika kita hendak jalankan 10 produk sekaligus, tapi pastikan produk itu adalah niche yang sama.


3. Tidak Beli Produk Yang Dipromosi

Formula dia simple sahaja, macam mana kita hendak promosikan produk yang kita sendiritidak pernah pegang atau baca. Kita tidak kenal secara menyeluruh produk kita itu.

Memanglah setiap produk itu sudah dijelaskan oleh Merchant perkara berkaitan tentang produk tersebut. namum kadang kala surat jualan gempak tetapi produk pula hampeh.

Bukannya kita tahu jika produk program affiliate itu menipu. Takkan kita hendak jual produk tipu pula.

Kita kenalah jaga reputasi kita juga, silap-silap nanti promosi dah gempak, tapi jula barangan tipu, dengan kita-kita di cop kaki tipu.

Jadi kita pun kena jaga nama baik kita di dalam dunia affiliate markerter ini.

Lagipun jika kita beli produk tersebut, kita akan adapat membuat review dan cadangan kepada bakal pembeli kita nanti. Kita akan lebih faham akan produk yang kita promosikan. Lagi senang kita hendak jual produk tersebut.


4. Biar Komisen Kita Dicuri.

Siapa pula hendak curi komisen kita? Bukan pencuri atau perangut. Tetapi kita tidak mendapat komisen walaupun kita sudah membuat promosi yang gempak.

Kenapa?

Begini. Perkara sebegini sering dipandang remeh oleh affiliate terutama newbies.

JIka prospek kita melihat link seperti ini :

http://www.malayaseo.com/index.php?ref=mamat

Kadangkala, ada prospek akan menyalin link dengan hanya mengambil http://www.malaysaseo.com

Sebab apa?

Kerana mungkin mereka takut akan link itu ada virus. Dan ada juga yang tahu itu link affiliate jadi mereka tidak mahu klik link affiliate kita. PHD!..huhuhu

Jadi sebelum komisen kita dicuri, kita harus lakukan sesuatu, iaitu Link Affiliate harus dipendekkan.


Langkah memendekkan link affiliate

1. Salin script dibawah ke dalam notepad.

<?php
header("Location:linkaffiliateanda");
?>

2. Gantikan linkaffiliateanda dengan link affiliate sebenar kita.

3. Kemudian kita save fail dengan nama index.php.

4. Selepas itu kita upload fail tadi ke dalam hosting kita di dalam mana-mana folder.

5. Jika kita tiada domain atau hosting sendiri, kita boleh juga gunakan link cloacker di http://www.rkurl.com . Ia boleh menyembunyikan link kita.

6. Dan selepas itu gunakanlah link yang baru ini untuk promosikan produk affiliate kita.


Sekian dahulu daripada saya, yang cuba berkongsi ilmu affiliate yang tidak seberapa. Sekian, Terima Kasih.
Anda baru saja membaca artikel yang dikategori Affiliate | Menjana Wang Online | Tips Panduan dengan tajuknya Hot! 4 Kesilapan Dalam Affiliate. Jika entry ini sangat berguna bagi anda, sila like okey...By : Malaya SEO
Ditulis oleh: Unknown - Sabtu, 3 Ogos 2013

Belum ada komen untuk "Hot! 4 Kesilapan Dalam Affiliate"

Catat Ulasan