Tips Mencari Keywords Popular Dengan Tepat

Tips Mencari Keywords Popular Dengan Tepat -
Tips Mencari Keywords Popular Dengan Tepat untuk mengoptimumkan blog kita di enjin carian. Dalam entry yang lepas 10 Tips Optimumkan SEO Blog, aku ada sebut pasal Guna Keywords yang tepat. Tetapi macam mana kita hendak cari keywords popular dengan tepat? Jom kita sambung belajar.

Bagi mereka yang masih baru berblogging. Mungkin agak sukar untuk mencari keywords yang tepat untuk dibuat artikel. Aku pun masih belajar lagi dalam bab keywords ini.

Tips Mencari Keywords Popular Dengan Tepat


Apa Itu Keywords Popular?

Keywords adalah Kata Kunci, jadi apa yang perlu kita cari adalah kata kunci yang popular. Keywords popular ini pula ada dua jenis. Iaitu Keywords Kekal dan Keywords Bermusim.

Keywords Kekal adalah keywords yang sering digunakan oleh pengguna untuk membuat carian di enjin carian dan tidak mudah hilang begitu sahaja. Manakala Keywords Bermusim pula adalah keywords yang hanya popular mengikut trend atau isu semasa sahaja selepas itu akan lenyap.


Bagaimana Mahu Mencari Keywords Popular?

1. Menggunakan Google Adword


Inilah tool yang paling digemari untuk mencari keywords. Tool yang paling sesuai untuk cari keywords Kekal. Kelebihan tool ini adalah ia mampu menunjukkan kadar persaingan bagi sesuatu keywords tersebut. Klik sini Keywords Tool External.

2. Menggunakan Google Trend

Dahulu ada satu lagi tool iaitu Google Insight tetapi tool tersebut telah dicantumkan bersama dengan Google Trend. Tool ini agak senang untuk digunakan. Klik sini Google Trends.

3. Mencari Keywords Popular Di Twritter

Perana sosial media kita tidak boleh sangkal lagi. Jadi adalah penting untuk kita tengok keywords yang popular di laman Twitter.

4. Menggunakan Soovle

Tools ini memang mudah digunakan, malah hasilnya bukan sahaja daripada google tapi dari yahoo, bing dan lain-lain. Klik sini Soovle.

Sekarang kita sudah tahu dimana tempatnya untuk kita cari keywords. Jadi sebolehnya kita aplikasikan keywords kita tadi kedalam artikel yang ingin kita tulis.

Berhasil atau tidak. Semunya bergantung kepada kita, jika kita terlalu menekankan SEO di dalam artikel kita, siapa yang hendak baca, manusia atau robot?. Jadi biarlah artikel kita relevan dengan keywords popular yang kita cari tadi. Jadi sebab itulah penting kita optimumkan pual keywords density di dalam artikel tersebut. Nanti kita akan belajar ini Optimum Keywords Density
Anda baru saja membaca artikel yang dikategori Blogging | Teknik SEO dengan tajuknya Tips Mencari Keywords Popular Dengan Tepat. Jika entry ini sangat berguna bagi anda, sila like okey...By : Malaya SEO
Ditulis oleh: Unknown - Rabu, 31 Julai 2013

Belum ada komen untuk "Tips Mencari Keywords Popular Dengan Tepat"

Catat Ulasan