10 Tips Optimumkan SEO Blog

10 Tips Optimumkan SEO Blog -
10 Tips Optimumkan SEO blog kita untuk enjin carian | Tip SEO ini adalah untuk memastikan blog kita mendapat posisi top 10 di enjin carian Google. Kita sudah kenal apa itu SEO. Sekarang kita perlu tahu pula cara untuk guna teknik SEO ini.

Secara umumnya teknik SEO ini tidaklah terlalu susah, dan tidak pula terlalu senang. Semuanya bergantung diatas daya usaha kita, jika kita rajin dan bersungguh-sungguh, maka manislah hasilnya nanti. Jom kita sambung pelajaran kita.


10 Tips Optimumkan SEO blog kita untuk enjin carian


1. Guna Keywords yang tepat

Sebelum membuat artikel, pastikan kita sudah membuat kajian terlebih dahulu keywords yang mahu digunakan. Agar artikel kita nanti lebih mesra dengan enjin carian dan mesra pengguna.

Cara yang paling senang ialah kita kena buat keyword itu mesti mesra pengguna. Kita kena berada ditempat pengguna, fikir apa yang akan mereka taip di enjin carian.

Biasanya jika persaingan keywords itu kurang, maka lagi senang untuk artikel anda mendapat posisi yang baik di enjin carian Google.

Keywords Yang Bagus = Mesra Pengguna + Mesra Enjin Carian + Kurang Persaingan



2.  Keywords diletakkan di tempat yang betul.

Keywords untuk artikel sudah kita cari. Jadi kini dimanakah sepatutnya kita letakkan keywords tadi agar ia mengoptimumkan SEO untuk enjin carian.

Tajuk - Keywords harus diletakkan pada tajuk entry kita. Agar ia lebih mesra dengan enjin carian. Mudah diindeks nanti.

Meta Description - Meta Descrition adalah sepotong ayat apa yang akan muncul bersama permalink di enin carian. Jadi adalah penting untuk kita tanamkan keywords ke dalam Meta Description.

URL / Permalinks - Keywords juga penting untuk ditanamkan bersama URL / permalinks artikel kita. Ini akan membuatkan artikel kita relevan dengan keywords yang digunakan.



3. Buat artikel yang berkualiti dan unik

Kadangkala inilah yang menjadi duri dalam daging buat blogger SEO. Apabila ada yang terlalu mementingkan SEO hinggakan pembaca menjadi bosan dengan artikel mereka. Artikel mereka hanyalah untuk robot semata-mata.

Jadi untuk jadi seorang blogger berjaya. Kita perlu tahu cara untuk menulis artikel yang berkualiti dan unik. Belajarlah gaya penulisan yang tersendiri sambil itu kita tetap optimumkan SEO di dalam artikel kita.

Sebenarnya enjin carian Google lebih suka kepada artikel yang isinya unik dan original. Dan yang paling penting artikel kita itu dapat menbantu pembaca. Maknanya artikel kita itu mesti berguna kepada orang lain.

Bagi aku artikel itu perlu seiring dengan penerapan teknik SEO dan isi yang berkualiti serta unik.



4. Bagunkan Backlinks yang berkualiti.

Backlinks ada dua jenis External Backlinks dan Internal Backlinks. External Backlinks adalah pautan link dari luar kepada blog kita. Internal Backlink adalah pautan link daripada artikel berkaitan daripada blog kita sendiri.

Ramai orang yang kejar Backlinks, tetapi sebenarnya kualiti Backlinks itu adalah penting. Jadi jangan hanya kejar kuantiti tetapi carilah Backlinks yang berkualiti.

Backlinks itu seharusnya relevan dengan isi kandungan blog kita, ataupun niche blog kita, ataupun sepadan dengan keywords blog kita. Ini penting agar enjin carian Google tidak menghukum blog kita, jika menpunyai Backlink yang berlebihan atau Backlink yang tidak relevan.

Berikut adalah langkah yang efektif untuk dapatkan Backlinks:

Guest Blogging - cara yang paling efektif mendapatkan Backlinks.

Komen di Blog DoFollow - Cari DoFollow blog dan komen di entry blgo tersebut. Pastikan kita tanamkan permalinks kita pada komen tersebut agar dapat dikesa oleh Robot Google untuk diindeks.

Aktif di Forum - Cari forum yang memiliki PR yang tinggi serta trafik yang tinggi. Buatkan signature dan tanamkan permalinks blog anda. Apa yang perlu adalh anda aktfi di forum tersebut.



5. Gunakan Anchor Text pada keywords.

Boleh diterapkan ketika kita mebuat Guest Blogging dimana-mana blog. Namum begitu jangan tanam terlalu banyak anchor text, kerana mungkin akan dianggap SPAM oleh Google.



6. Optimum Gambar Pada Artikel

Sebenarnya gambar juga turut memainkan peranan yang penting di dalam teknik SEO. Dan juga ia mampu menghasilkan trafik organik hasil daripada carian penguna di Google Image. 

Berikut Langkah untuk Optimumkan Gambar:

ALT Text - Ia adalah untuk memudahkan enjin carian menemui gambar diblog kita. Jadi adalah bagus jika kita tanamkan juga keyword kita tadi disini.

Nama Gambar - Nama pada gambar itu juga penting dan memainkan peranan di enjin carian.
Ukuran Gambar - Elakkan menggunakan gambar yang bersaiz besar. Ini adalah penting untuk melajukan blog anda.



7. Submit Post ke Sosial Bookmarking

Jangan kita tersalah faham dengan Sosial Bookmarking ini, ia bukan Sosial Media seperti Facebook atau Twitter.

Antara contoh Sosial Bookmarking adalah:
Ini pula Sosial Bookmarking di Malaysia ;


8. Promosikan Blog di Sosial Media.

Hari ini Sosial media memainkan peranan juga dalam kita mencari trafik. Jadi tidak rugi jika anda turut submit artikel anda ke laman Sosial media, anda boleh submit ke laman Facebook, Twitter dan Google+.



9. Ping Artikel dan Sitemap Anda

Proses ini adalah penting jika anda mahu enjin carian mengindeks artikel blog anda. Jadi pastikan anda ping setiap kali buat artikel baru sekali dengan sitemap anda.

Ini adalah senarai laman ping yang biasa digunakankan
sebenarnya ada terlalu banyak lagi laman ping, namum laman diatas sering digunakan oleh saya.



10. Buat Sitemap untuk blog anda.

Sitemap adalah perkara yang perlu ada pada sesbuah blog agar. Jadi selepas ini kita perlu buat sitemap untuk blog kita. Supaya blog kita mendapat posisi yang baik di enjin carian Google.

Secara defaultnya sitemap blogspot hanya hadkan 26 post sahaja. Jadi dalam entry yang akan datang aku akan ajar cara untuk kita optimumkan sitemap diblog kita.

**Tutor : Cara Pasang Table Of Content / Sitemap

Aku mohon maaf kerana Tips ini diberikan terlalu ringkas. Tetapi jangan risau, di dalam entry yang akan datang akau akan perincikan setiap Tips ini lebih mendalam lagi.

Anda baru saja membaca artikel yang dikategori Blogging | Teknik SEO dengan tajuknya 10 Tips Optimumkan SEO Blog. Jika entry ini sangat berguna bagi anda, sila like okey...By : Malaya SEO
Ditulis oleh: En. eddie - Rabu, 31 Julai 2013

Belum ada komen untuk "10 Tips Optimumkan SEO Blog"

Catat Ulasan