Jangan Cari Trafik Menggunakan Software.

Dari awal lagi sudah aku katakan, tak ada cara senang untuk berjaya, semunya perlukan usaha. Jangan pula kita cari jalan pintas untuk mencari trafik dengan menggunakan software untuk generate trafik ke blog kita.

Ada banyak software yang ditawarkan untuk meningkatkan trafik blog. Namum sebenarnya cara kita mendapatkan trafik ini sudah salah, dianggap sebagai menipu. Ia akan memberi kesan kepada blog kita dikemudian hari. Antaranya:-





  • Mungkin blog kita akan diBLACLIST oleh enjin carian, kerana mungkin software yang kita gunakan itu telah diblacklist oleh enjin carian.
  • Ranking blog kita di enjin carian tidak akan bertahan lama.
  • Sampai bila-bila kita tidak akan mahir dengan tekni SEO, sebab kita terlalu bergantung kepada software.
  • Blog kita tidak akan jadi mesra enjin carian.
  • Kita akan mengeluarkan KOS yang tinggi untuk membeli software. sebab software yang baik tinggi harganya dipasaran. Sudahlah keluarkan modal tinggi, blog kita kena blacklist, habis semua. Jangan tamak okey.

Cara Meningkatkan Trafik Blog Untuk Newbies

Trafik amat penting untuk sebuah blog. Trafik yang tinggi akan menjana wang untuk kita melalui iklan-iklan yang dipaparkan. Jadi ingat trafik, ingat duit. Sebenarnya apa yang kita pelajari dalam teknik SEO tujuannya memang untuk meningkatkan trafik blog kita secara organik di enjin cari. Jadi sebab itulah penting untuk kita mendapatan SERP yang baik di enjin cari. Barulah trafik blog kita masyuk. Namum semua itu masih tidak cukupkan, kita akan tercari-cari tips untuk meningkatkan trafik blog kita.

Cara Meningkatkan Trafik Blog Untuk Newbies

Nasihat aku disini, untuk berjaya dalam berblogging, kita kena sabar. Jika blog kita masih baru, trafik masuk ke blog kita mungkin amat sedikit, kita jangan cepat putus asa kerana semua blog yang baru bermula memang macam itu. Ia akan ambil masa untuk trafik kita betul-betul stabil, itupun bergantung kepada usaha kita.

Seperti aku cakap dari awal tadi, semua teknik ini sudah aku ceritakan didalam artikel-artikel yang berkaitan dengan teknik SEO. Kiranya Tips kali ini cuma kelas ulangkaji.


Cara Meningkatkan Trafik Blog Untuk Newbies


1. Guna keyword yang mesra SEO dan tajuk yang WOW!
Cari keyword mengikut trending di enjin carian. Guna keyword yang banyak dicari tetapi kita ubha keyword itu menjadi sedikit nakal untuk menarik perhatian.

Tajuk artikel kita juga perlu WOW! buat orang tertarik unutk klik dan baca. Tapi isi kandungan artikelnya juga mesti WOW! biar pembaca puas hati baca artikel kita.


2. Blogwalking
Blogwalking adalah kita melawat ke blog lain, dan tinggalkan link kita diblog mereka. Dengan harapan mereka akan membalas kunjungan kita. Dengan cara ini kita dapat eratkan silaturahim, dan menambah kenalan dengan blogger lain. Cara ini sama macam kita hendak dapatkan backlink.


3.Ping di Group Facebook dan Google+
Anda boleh search di facebook dan Google+, ada banyak group khas untuk blogger ping entry. kongsikan artikel terbaru anda disana, dengan cara ini juga dapat menarik trafik ke blog kita.


4. Ping Artikel di laman Aggregator
Ramai blogger yang guna cara ini. Blogger yang famous pun ada yang guna. Antara laman aggregator local adalah:-
ping busuk.org
kartikel.com
blogged.my
pinje.org
carimember.com

5. Buat artikel yang menarik dan berguna
Di dalam dunia blogging artikel yang baik sangatlah ditekankan. Jadi buatlah artikel yang menarik dan bermanfaat kepada pembaca. dengan ini pembaca kita akan terus setia dengan blog kita, mungkin akan jadi peminat setia nanti.


Aku rasa cukup dahulu tips untuk mencari trafik untuk newbies ini, kalau beri banyak sangat tips nanti tak larat nak ikut pulak nanti.

SEO On Page Dan SEO Off Page

Artikel ini sepatutnya sudah aku jelaskan di bawah tajuk Apa Itu SEO?. Tapi aku rasa lebih baik aku buatkan satu tajuk khas untuk SEO On Page dan SEO Off Page.

SEO On Page Dan SEO Off Page

Dua teknik inilah sebenarnya perkara asas untuk mengoptimumkan SEO blog kita. Jadi kita kena kenal dan faham apa itu SEO On Page dan SEO Off Page. Jom sambung pengajian kita.

SEO On Page

SEO On Page

Teknik Seo On Page adalah teknik SEO yang lakukan pada blog kita. Contoh SEO On Page ialah pasang Meta Tag dengan berkesan, Template blog yang mesra SEO, Internal Link, Navigation yang memudahkan, buat sitemap. Di dalam teknik ini kita akan optimumkan SEO kita pada halaman blog kita, pada template blog kita.

SEO Off Page

SEO On Page

Teknik SEO Off Page pula adalah kita mengoptimumkan SEO kita daripada luar. Contoh SEO Off Page adalah kita menbangunkan backlink yang berkualiti. Backlink yang berkualiti adalah penting untuk meningkatkan SEO blog kita.

Cara Pasang Autolink Untuk Blogger

Fungsi autolink ini sebenarnya sering digunakan untuk blog berflatform wordpress. Namum kini platfrom blogger juga sudah juga pasang autolink. Autolink juga teknik SEO yang perlu kita masukkan ke dalam blog kita.

Autolink adalah satu teknik hyperlink untuk keyword yang dilakukan secara automatik. Contohnya, jika kita membuat hyperlink untuk keyword SEO, jika perkataan SEO itu dengan sendiri akan di'hyperlink' secara automatik.

Cara Pasang Autolink Untuk Blogger

Kenapa perlu pasang autolink?


  • Kelebihannya adalah kita akan mendapat baclink jika ada orang yang copy paste artikel kita.
  • Kita tak payah susah-susah nak buat hyperlink secara manual.
  • Akan menunjukkan kontra perkataan yang dihyperlink
  • Yang paling penting akan meningkatkan pageview blog kita.


Cara-cara memasang autolink di blogger.


1. Log in dashboard> Templates >Edit HTML

2. Tekan Ctrl+F, cari </body>

3. Salin code dibawah dan paste diatas </body>

<b:if cond='data:blog.url != data:blog.homepageUrl'><script type='text/javascript'>
function autoLink(){
    this.keywdHref = new Object();
    this.add = function(keyword, href){
        if(keyword.substr(0,1) != &quot; &quot;){keyword = &quot; &quot; + keyword;}
        this.keywdHref[keyword] =  href;
    }
    this.createAnchor = function(){
        var objs = document.getElementsByTagName(&quot;div&quot;);
        for(var i=0; i&lt;objs.length; i++){
            var obj = objs[i];
            if(obj.className.indexOf(&quot;post-body&quot;)&gt;-1){
                var content = obj.innerHTML;
                for(var keyword in this.keywdHref){
                    var href = this.keywdHref[keyword];
                    var newstr = content.replace(keyword, &quot;&lt;a href=&#39;&quot;+href+&quot;&#39;&gt;&quot;+keyword+&quot;&lt;/a&gt;&quot;, &quot;gi&quot;);
                    obj.innerHTML = newstr;
                    content = newstr;
                }
            }
        }
    }
    this.startScript = function(){
        var onLoad = window.onload;
        window.onload = function(){
            if(onLoad){onLoad();}
            setTimeout(&quot;f.createAnchor()&quot;, 100);
        }
    }
}
</script>
<script type='text/javascript'>
var f = new autoLink();
f.add(&quot;SEO&quot;, &quot;LINK BLOG&quot;);
f.startScript();
</script></b:if>

4. Gantikan perkataan berwarna merah dengan keyword kita dan url blog kita.

SEO = keyword yang mahu di'hyperlink'
LINK BLOG = url blog

5. Tekan 'Preview', jika tiada sebarang error. tekan 'Save'.

**pastikan kita backup telebih dahulu templates blog kita untuk mengelakkan terjadinya error nanti.

Tips Menjadi Penulis Blog Yang Hebat

Sebenarnya untuk menulis kita perlu ada bakat. Dan setiap orang ada bakat dan gaya tersendiri dalam mengolah ayat di dalam penulisan mereka. Kita sudah belajar membuat karangan semenjak dari sekolah rendah lagi. Dari situ juga kita dapat lihat sejauh mana bakat kita dalam penulisan. Perlu diingat menulis juga memeerlukan krestiviti, jika kita tidak kreatif, pembaca akan jemu untuk membaca artikel kita. Namum di dalam penulisan blog tiada format tertentu yang ditetapkan, terpulang kepada gaya masing-masing.

Tips Menjadi Penulis Blog Yang Hebat


Disini aku ada beberapa tips untuk kita ulangkaji dan bahaskan, jika ada pandangan dan pendapat sila bagi komen untuk penambahbaikan.

1. Penggunaan Bahasa Yang Sederhana dan Jelas.
Gunakanlah bahasa yang tidak kaku atau terlalu formal. Cuba gunakan bahasa aktif, seperti ayat yang sering kita gunakan di dalam perbualan seharian. Jangan gunakan bahasa yang sukar difahami, atau ayat yang terlalu panjang, biar ringkas dan padat.


2. Jangan Terlalu Nak Bersastera.
Tahulah dia dapat A++ subjek Sastera masa ambil SPM dulu. Tapi janganlah pula terlalu skema didalam penulisan blog. Jarang-jarang tak mengapa, kalau terlalu kerap mungkin membuatkan pembaca jadi jemu dan bosan. Jadi buatlah ayat yang santai.


3. Buat Kajian Keyword
Memang betul keyword penting di dalam permainan teknik SEO. Tapi jangan pula kita hanya bergantung kepada keyword yang baik, tetapi artikel kita kacau bilau. Buatlah kajian keyword yang relevan dengan penulisan kita, keyword dan ayat biar selari. Gunakanlah keyword dengan tepat dan tidak menganggu susunan ayat di dalam artikel kita.


4. Penulisan Yang Berkarakter
Semua orang boleh menulis, tetapi cuba kita cari karakter di dalam penulisan kita. Maksud aku, karakter di dalam artikel itu biar berbeza, lain dari yang lain yang akan mencerminkan blog kita. Biar ia menjadi tarikan kepada pembaca dan orang akan ingat dengan penulisan kita. Biar ada aura orang kata.


5. Rajin Buat Ulangkaji
Rajin-rajinlah tengok balik artikel-artikel lama yang kita tulis. Baca banyak kali, cuba tengok apa kelemahan dan kelebihan penulisan kita. CUba tengok gaya bahasa yang kita guna, isi kandungan yang bernas atau tidak. Cuba perbaiki artikel kita, dan bentuk satu gaya penulisan kita yang baru yang lebih bagus.

Bagaimana Menjadi Blogger Super Hebat

Kita semua mahu menjadi yang terhebat. Kita mahu jadi hebat di dalam setiap bidang yang kita ceburi. Begitu juga mereka yang berminat di dalam dunia blogging. Sudah tentulah kita mahu blog kita jadi yang terhebat. Tapi hebat yang macam mana kita mahukan?


Bagi kita yang masih baru ada blog ini. Sudah pastinya kita ada idola kita sendiri. Kita mahu jadi hebat macam dia tu, mahu jadi hebat macam dia ni. Tapi pernahkah kita terfikir bagaimana caranya menjadi blogger yang hebat?

Pastinya kita tercari-cari tip dan petua daripada orang-orang lama di dalam dunia blogging. Tapi bagi aku, untuk menjadi blogger yang hebat, kita kena ada tujuan utama kita buat blog. Tanya diri sendiri, mengapa aku buat blog? Untuk menjana wang secara online kah? Untuk jadi popular seperti Hanis Zalikha kah?

Hebatnya seseorang blogger itu ada pelbagai. Mereka hebat dengan cara dan kelebihan diri masing-masing. Ada yang hebat dengan teknik SEO. Ada yang hebat dengan personalitinya. Ada blogger yang hebat dengan penulisannya. Malah tak kurang juga yang hebat dengan blackhat..hehehe...

Pendapat aku secara peribadi, untuk menjadi blogger yang hebat, super hebat, kita perlu ada skill penulisan yang bagus, disamping penerapan teknik SEO. Sebab blog ialah tempat kita berkongsi artikel. Namum ada juga blog yang hebat tapi penulisannya ringkas dan bersahaja, dan dia lebih menekankan kepada gambar seperti Blog Serius. Jadi untuk menilai bagaimanakah caranya untuk jadi blogger terhebat, sangat subjektif sebenarnya, ia bergantung kepada diri masing-masing.

Cuma kadang-kadang mereka yang masih baru berjinak-jinak dengan blog, mereka anggap dengan berblogging mereka akan boleh buat duit dengan mudah. Goyang kaki je. Itu silapnya, untuk menjadi blogger hebat, kita kena usaha. usaha untuk belajar teknik penulisan yang baik. Belajar teknik SEO yang berkesan. Kita belajar untuk setting coding html secara asas pun sudah cukup. Kita kena usaha cari backlink secara manual. Usaha tanpa jemu blogwalking dari satu blog ke blog yang lain, sambil mencari trafik dan backlinks mungkin kita akan jumpa sahabat blogger pula nanti.

Jadi untuk jadi blogger yang super hebat. kita kena rajin usaha. Jangan lupa solat dan doa sekali tau...Hehehehe

Tembak, Menembak Dan Ditembak

Tembak, Menembak Dan Ditembak - Saban hari masuk berita keluar surat khabar 'Kes Tembakan'. Semakin menjadi-jadi pula kes jenayah tembak menembak di Malaysia sekarang. Apakah status keselamatan rakyat jelata? Bolehkah PDRM memberi jaminan bahawa kita takkan ditembak?

kes tembakan di malaysia

Statement aku dekat atas tadi bukan untuk menpelekehkan kerja PDRM, tetapi sebagai rakyat jelata yang ingin hidup aman damai tak bolehkah kita bertanya soal keselamatan diri dan keluarga kita. Aku cukup berterima kasih kepada pihak PDRM yang sentiasa menjaga keamanan negara kita. Dalam berita ada sebut, kawalan disempadan negara kini kian diperhebatkan.

Persoalan yang sering bermain difikiran aku adalah mengapa kes tembakan ini berlaku? Apa puncanya? sebabnya hampir setiap hari ada kes tembakan berlaku. Sehinggakan aku bertanya dalam hati "esok siapa pula yang akan kena tembak?"

Siapa sebenarnya yang menembak ini? Siapakah mereka disebalik semua kekalutan yang membuat rakyat Malaysia gusar. Pada aku mereka bukan sekadar suka-suka hendak menembak orang. Mereka ada motif dan mungkin juga ada sindiket terancang. Mungkin juga ada sindiket pembunuh upahan, seperti laporan berita beberapa hari lepas upah untuk membunuh cuma RM1000 sahaja. Kau benci orang itu, upah sahaja orang untuk bunuh dia. Settle.

Jika benar ada sindiket ini. Bermakna sesiapa sahaja boleh ditembak. Jika kau tak suka orang itu, kau upah orang untuk tembak dia. Jadi sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa kes tembakan sekarang ini. Mungkin kegiatan seperti ini didalangi kumpulan kongsi gelap, ada logiknya.

Semoga keadaan ini tidak terus berlarutan. Risau memikirkan keselamatan negara yang kucar kacir. Dan bagi aku tak usahlah kita hendak berpolitik pula didalam kes sebegini. Biar pihak yang bertanggungjawab jalankan tugas mereka. Biar mereka tangani kes tembakan ini sewajarmya.