Cara Membuat Anchor Text Link Pada Keywords.

Cara Membuat Anchor Text Link Pada Keywords. -
Cara membuat anchor text pada keywords adalah salah topik yang kita tidak boleh lari dari teknik SEO. Salah satu elemen penting untuk kita optimumkan SEO blog kita. Ini adalah perkara asas didalam kita memantapkan SEO blog kita.

Cara Membuat Anchor Text


Apa itu Anchor Text?

Anchor Text adalah perkataan atau ayat yang diletakkan link ke sesebuah laman web bersamanya.

Fungsinya adalah perkataan ini akan dianggap oleh Googlebot sebagai keywords dan diindex lebih daripada perkataan biasa.

Anchor Text ini seeloknya digunakan untuk perkataan yang ada kaitan dnegan tajuk artiekl atau lebih baik kita gunakan keyword yang berkaitan dengan tajuk artikel, meta tag, tajuk blog, nama domain dan description blog. Tujuannya adalah agar robot enjin carian dapat memberikan relevanci yang tinggi.

Jika link kita menuju ke laman web luar, kita kena letakkan keyword yang berkaitan dengan tajuk laman web tersebut.

Sudah faham? Jom kita belajar cara hendak buat anchor text pula.


Cara membuat Anchor Text Link Di Blog

Untuk membuat anchor text link anda cuma perlu salin code dibawah ini:

<a href="http://LINK YANG DITUJU" title="KEYWORD">TAJUK</a>

Contoh:

<a href="http://malayaseo.blogspot.com" title="Malaya SEO"> Malaya SEO </a>

Merah : masukkan link yang ingin ditujui
Biru : masukkan keyword yang berkaitan link
Ungu : disini masukkan perkataan atau tajuk yang ingin kita paparkan.

Kepada yang tidak biasa dengan coding, anchor text ini jika mahu dimasukkan ke artikel di blog, kita perlu menaipnya di ruangan HTML.
Anda baru saja membaca artikel yang dikategori Blogging | Teknik SEO dengan tajuknya Cara Membuat Anchor Text Link Pada Keywords.. Jika entry ini sangat berguna bagi anda, sila like okey...By : Malaya SEO
Ditulis oleh: Unknown - Selasa, 6 Ogos 2013

Belum ada komen untuk "Cara Membuat Anchor Text Link Pada Keywords."

Catat Ulasan