Hot! Tips Berjaya Affiliate Dengan Cemerlang

Hot! Tips Berjaya Affiliate Dengan Cemerlang -
Tips Berjaya Affiliate Dengan Cemerlang - aku rasa tip meledakkan keuntungan affiliate tidak mencukupi. Aku mahu mereka yang serius dalam bisnes ini, terus cemerlang lagi terbilang. Aku harap tips kali ini juga dapat menbantu orang kita untuk terus maju di dalam program affiliate. Melayu Boleh!

Tips Berjaya Affiliate Dengan Cemerlang


Tips kali ini aku hendak bahagi kepada 2 bahagian utama. Iaitu satu bab pasal persiapan sebelum kempen promosi produk affiliate dan bab kedua pula berkaitan Buzz Marketing. Apa tu? Sekejap lagi kita belajar okey.

Tips Menjadi Affiliater Berjaya.


1. Persiapan Awal.

Mungkin nampak remeh, tetapi sebenarnya ia amat penting untuk kita terus kekal fokus di dalam kempen promosi kita nanti. Jadi kepada sesiapa yang ingin serius WAJIB buat tips ini.

Persiapan Mental - Mental kita perlu bersedia untuk kita terus fokus. Jika kita hilang fokus, nanti semua usaha gigih kita menjadi sia-sia, dan mungkin lagi teruk kita akan berputus asa.


  • Tetapkan Target Jualan - kita perlu ada target berapa yang hendak kita jual, sehari berapa? sebulan berapa?
  • Fokus - kita sudah ada target jualan, jadi kita perlu fokus untuk mencapai target itu. FOKUS adalah penting semasa kita melakukan pemasaran.
  • Konsisten - kita sudah fokus dengan target jualan kita, dan teramatlah penting untuk kita terus kekal konsisten dalam melakukan promosi.


Persiapan Fizikal - Hah! nak kena jogging ke? Tak perlu, lau nak buat pun okey, jadi lebih sihat dan kuat tubuh badan kita juga.hu3.

Persiapan fizikal yang aku nak terangkan adalah kita perlu membuat kajian terperinci terhadap produk affiliate yang kita mahu promosikan. Sejauh mana kemampuan kita untuk menghasilkan jualan terhadap produk tersebut.

Apa yang perlu kita selidiki adalah :

  • Kekuatan atau tarikan produk tersebut.
  • Kredibiliti pemilik produk tersebut.
  • Design ecover, banner, minisite.
  • Keterangan teperinci berkenaan produk.
  • Kadar Komisen.
  • Rekod Jualan produk

Kenapa kita perlu selidik semua ini? Supaya nanti hasilnya jualan adalah berbaloi dengan titik peluh yang kita keluarkan untuk promosikan produk tersebut. Ini bagi memastikan conversion rate jualan produk sentiasa tinggi

2. Buzz Marketing

Proses ini sebenarnya dilakukan sebelum kita melancarkan mana-mana produk affiliate kita.

Platform Buzz Marketing ini adalah melalui laman Facebook, e-mail, forum dan blog.

Facebook - Kita perlu update status-status yang berkaitan dengan produk affiliate yang bakal kita lancarkan. Kita war-warkan dalam bentuk kebaikan serta bonus-bonus yang akan ditawarkan.

E-Mail - Lebih kurang SEMINGGU sebelum kita lancarkan produk. kita perlu mula feed subcriber dengan info yang berkaitan dengan produk affiliate kita.

Forum - Pastikan kita sudah aktif berforum sebelum produk kita dilancarkan. Biar kita betul-betul aktif dan menjadi well-known di forum tersebut. Nanti akan lebih senang urusan promosi kita. Kongsikan tips dan panduang yang berguna, ini untuk menbina kredibilit kita di dalam forum tersebut.

Blog - Blog adalah satu platform yang penting bagi seorang affiliater menbina kredibiliti. kita harus update blog berkaitan produk kita dan artikel-artikel yang berguna.

Anda baru saja membaca artikel yang dikategori Affiliate | Menjana Wang Online | Tips Panduan dengan tajuknya Hot! Tips Berjaya Affiliate Dengan Cemerlang. Jika entry ini sangat berguna bagi anda, sila like okey...By : Malaya SEO
Ditulis oleh: Unknown - Ahad, 4 Ogos 2013

Belum ada komen untuk "Hot! Tips Berjaya Affiliate Dengan Cemerlang"

Catat Ulasan