Raya Raya Raya

Raya Raya Raya -
Syukur, Ramadhan ini sudah sempurna aku laksanakan. Dan tibanya detik kita menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia, ampun maaf diminta, menyuci hening dosa. Namum adakah kita perasan, ada 3 perkara yang sering berkait dengan 'RAYA' selain daripada 'Hari Raya'. Hmmm, jap dah macam lagu raya Jalil Hamid pulak kan?

Tapi ini betul. Memang cerita benar. Bukan aku nak copy paste lagu Jalil Hamid. Raya adalah kita meraikan sesuatu dengan suasana yang gembira. Jom kita layan benda apakah yang berkait rapat dengan raya.

Raya Yang Pertama

pasaraya

Pasaraya, mengapa pasaraya? sebabnya menjelang hari raya kita akan buat persiapan raya, nak beli baju raya, kasut raya, langsir raya, persiapan unutk hidangan raya, biskut raya dan macam-macam lagi. Jadi 'pasaraya' dan 'hari raya' memang tak boleh dipisahkan di zaman sekarang ini.

Shopping sakanlah akak-akak kita. Ditambah pula dengan pelbagai diskaun dan tawaran hebat sempena raya. Tapi ingat akak oi, jangan menbazir pula. Tak baik, amalan syaitan.


Raya Yang Kedua

jalanraya

Jalanraya, why? Iye lah, kita kan balik kampung apabila hari raya, berjumpa sanak saudara. Kalau kita naik kapal terbang tidak dikiralah. Jadi jalanraya dan hari raya memang dah jadi macam adik beradik, setiap tahun kita disajikan dengan berita kemalangan dijalanraya ketika pulang beraya dikampung.

Jalan jem semasa musim raya jangan ceritalah. Ada sampai berjam-jam sangkut. Tetapi semua itu tidak kisah, asalkan dapat beraya sakan dengan keluarga di kampung.

Jadi di sini moral cerita aku hari ini adalah berhati-hatilah memandi dijalanraya.

p/s: Eh mana raya yang ketiga...malas dah aku fikir. Korang fikirlah sendiri pulak. Selamat Hari Raya Semua
Anda baru saja membaca artikel yang dikategori Jurnal dengan tajuknya Raya Raya Raya. Jika entry ini sangat berguna bagi anda, sila like okey...By : Malaya SEO
Ditulis oleh: Unknown - Khamis, 8 Ogos 2013

Belum ada komen untuk "Raya Raya Raya"

Catat Ulasan