Tips Menulis Artikel Yang Berkualiti Dan Unik

Tips Menulis Artikel Yang Berkualiti Dan Unik -
Tips Menulis Artikel Yang Berkualiti Dan Unik - adalah penting dalam kita menghasilkan blog. Jadi artikel kita juga perlu seiring dengan teknik SEO. Agar artikel kita diindex dengan baik di enjin carian.

Blog hidup dengan artikel dan jika tiada artikel bukan bloglah namanya. Jadi mahu atau tidak kita kenalah belajar cara menulis artikel dengan betul. Dan yang lebih penting artikel kita itu diindex dengan baik oleh enjin carian.

tips menulis artikel yang berkualti dan unik

Di dalam pelajaran yang lepas kita telah menekankan pasal Keywords dan cara meletakkan Keywords. Maka kini kita sudah sedia untuk menulis artikel kita pula.

Tips Menulis Artikel

1. Memilih Tajuk Artikel
  • Pastikan tajuk artikel mengandungi keywords yang mahu digunakan.
  • Panjang tajuk artikel lebih kurang 5-7 patah perkataan sahaja, jika semakin panjang semakin kurang padat keywords didalamnya.
  • Buat tajuk artikel yang gempak, seperti menarik perhatian orang untuk membaca artikel kita.
2. Memilih URL Atikel
  • Jika tajuk kita terlalu panjang, nanti URL kita tidak akan muat. Mungkin ada ayat yang akan terpotong. Rugilah kalau keywords kita yang terpotong. 
  • Jadi kita perlu pastikan URL juga ada keywords.
  • Untuk blog diplatform Blogspot kita boleh ubah url kita dengan pergi sebelah kanan new post Permalink>Custom Permalink, dan ubah link mengikut kesesuaian.
3. Gunakan Label Pada Artikel
  • Pastikan setiap artikel yang hendak dipublish diletakkan label.
  • Buat Label yang menerangkan pasal artikel kita secara ringkas.
  • Boleh juga menggunakan banyak Label pada satu artikel.
4. Pasang Meta Decription
  • Meta Description ini akan dipaparkan pada enjin carian Google.
  • Penting diselitkan Keywords di dalam Meta Description untuk artikel kita.
  • Tidak melebihi 150 patah perkataan.
5. Cara Optimumkan Isu Kandungan Artikel
  • Panjang Artikel lebih kurang 300 patah perkataan. ( ada yang cakap 600 patah perkataan )
  • Keywords hanya diulang sebanyak 3 kali di dalam artikel.
  • Keywords harus dimasukkan pada perenggan pertama. Dan di'Bold'kan
  • Gunalah bahasa baku. Jangan guna bahasa pasar.
  • Guna Heading H2 dan H3
  • Artikel kita biarlah ringkas, padat dan tepat.
  • Tulis Artikel yang bermanfaat kepada pembaca.
6. Optimumkan Gambar Di Dalam Artikel

  • Pastikan gambar yang diselitkan relevan dengan isi kandungan Artikel.
  • Setiap gambar harus mengandungi ALT Tag. Fungsinya adalah untuk memberi tahu googlebot akan deskripsi gambar tersebut
  • Gunakan saiz gambar yang sesuai, jangan terlalu besar hinggakna loading terlalu perlahan.
  • Untuk Blogspot jangan upload gamabr di hosting lain atau copypaste gambar pada entry. Takot jika hosting itu perlahan akan turut menganggu loading blog kita.
7. Pasang Link Di Dalam Artikel

  • Pastikan Tab Link baru terbuka pada halaman baru atau open new tab.
  • Pastikan link mana yang menuju keluar dan link mana yang masuk keblog kita. Untuk link keluar check 'nofollow' dan link masuk keblog kita tidak perlu check 'nofollow'
  • Agak penting didalam artikel kita ada 2 link keluar. Pastikan lini itu ada kaitan dengan artikel kita. Fungsinya adalah untuk meningkatkan robot enjin carian mengindeks blog kita nanti.


Jadi penulisan artikel yang berkualiti dan unik ini adalah penting bagi Google. Sebabnya adalah bagi mengelakkan kita dicop sebagai plagiat hasil karya orang lain dimata google dan akhirnya artikel kita tidak kemana.
Anda baru saja membaca artikel yang dikategori Blogging | Teknik SEO dengan tajuknya Tips Menulis Artikel Yang Berkualiti Dan Unik. Jika entry ini sangat berguna bagi anda, sila like okey...By : Malaya SEO
Ditulis oleh: Unknown - Jumaat, 2 Ogos 2013

Belum ada komen untuk "Tips Menulis Artikel Yang Berkualiti Dan Unik"

Catat Ulasan